"UMNO Pekan" Akan Memastikan 32,000 Ahli Parti Keluar Mengundi

"UMNO Pekan" Akan Memastikan 32,000 Ahli Parti Keluar Mengundi - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "UMNO Pekan" Akan Memastikan 32,000 Ahli Parti Keluar Mengundi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "UMNO Pekan" Akan Memastikan 32,000 Ahli Parti Keluar Mengundi
link : "UMNO Pekan" Akan Memastikan 32,000 Ahli Parti Keluar Mengundi

Baca juga


"UMNO Pekan" Akan Memastikan 32,000 Ahli Parti Keluar Mengundi


PEKAN: UMNO Bahagian Pekan akan memastikan 32,000 anggotanya keluar mengundi pada 9 Mei ini bagi mencapai sasaran 40,000 undi majoriti bagi Barisan Nasional (BN) di kawasan Parlimen itu.

Setiausaha UMNO Bahagian Pekan Datuk Ahmad Azmey Abu Talib berkata seramai 2,886 jentera Jalinan Rakyat (JR) Barisan Nasional (BN) akan bertugas mengambil dan menghantar pulang anggota UMNO yang menghadapi kekangan untuk keluar mengundi.

"Mereka (anggota UMNO) ini ialah aset utama kita jadi kita akan mudahkan mereka untuk keluar mengundi. Semua 56 pusat daerah mengundi (PDM) di Parlimen ini akan disediakan kenderaan yang mencukupi untuk mengambil mereka di rumah dan menghantar pulang selepas mengundi," katanya kepada Bernama.

Katanya pendekatan yang sama juga akan dilakukan kepada pengundi lain kerana sasaran 40,000 undi majoriti diyakini mampu tercapai sekiranya 80 hingga 90 peratus dari 88,899 pengundi di Pekan keluar mengundi.

Dalam masa yang sama Ahmad Azmey mengharapkan pengundi di Pekan yang tinggal di luar kawasan Parlimen itu supaya pulang dan menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi.

Mengikut pecahan bagi Parlimen Pekan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Peramu Jaya mempunyai 32,291 pengundi, DUN Chini (21,251 pengundi), DUN Pulau Manis (20,389 pengundi) dan DUN Bebar (14,968 pengundi).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mempertahankan kerusi Parlimen itu untuk penggal ke-10 dengan meletakkan sasaran 40,000 majoriti undi berbanding 35,613 majoriti undi pada PRU13. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel "UMNO Pekan" Akan Memastikan 32,000 Ahli Parti Keluar Mengundi

Sekianlah artikel "UMNO Pekan" Akan Memastikan 32,000 Ahli Parti Keluar Mengundi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel "UMNO Pekan" Akan Memastikan 32,000 Ahli Parti Keluar Mengundi dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/umno-pekan-akan-memastikan-32000-ahli.html

Subscribe to receive free email updates: