Hasan: Momentum PRK 2015 Di Teruskan Untuk Menawan Rompin

Hasan: Momentum PRK 2015 Di Teruskan Untuk Menawan Rompin - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hasan: Momentum PRK 2015 Di Teruskan Untuk Menawan Rompin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hasan: Momentum PRK 2015 Di Teruskan Untuk Menawan Rompin
link : Hasan: Momentum PRK 2015 Di Teruskan Untuk Menawan Rompin

Baca juga


Hasan: Momentum PRK 2015 Di Teruskan Untuk Menawan Rompin


ROMPIN: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Rompin Datuk Seri Hasan Ariffin yakin momentum kemenangan parti itu pada pilihan raya kecil (PRK), Mei 2015 akan dapat terus dikekalkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini.

Hasan yang menang bergaya dengan majoriti 8,895 pada PRK itu selepas menewaskan calon daripada PKR Nazri Ahmad berkata, jentera parti tidak berhenti meneruskan gerak kerja mendekati pengundi untuk memastikan kawasan itu terus menjadi milik BN.

"Pada PRU kali ini, kita sedar calon kita di DUN Bukit Ibam dan DUN Tioman berhadapan dengan persaingan sengit apabila PAS mengetengahkan dua calon tokoh tempatan yang cukup dikenali penduduk setempat.

"Bagaimanapun kita mempunyai strategi tersendiri untuk menawan hati pengundi. PRU bukanlah hanya berkisarkan kepada soal calon semata-mata, tetapi lebih kepada soal parti mana yang berkemampuan membawa perubahan dan pembangunan yang berterusan untuk rakyat," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini.

Pada PRU14 nanti, Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara bakal berdepan pertandingan tiga penjuru menentang Penyelaras PAS Parlimen Rompin M Shahrul Abdul Haliff, 39, dan Ketua Wanita PKR Pahang Sitarunisah Ab Kadir, 45.

Bagi DUN Ibam, calon muka baharu yang diketengahkan BN iaitu Ketua Wanita UMNO Bahagian Datin Shamsiah Arshad akan menentang Ketua Dewan Pemuda Pahang Nazri Ahmad selain calon PKR Zulkurnain Mohd Ridzuan.

Sementara di DUN Tioman, penyandang kawasan itu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Datuk Seri Mohd Johari Hussain akan menentang Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya DUN Tioman Md Yunus Ramli selain calon PKR Ahmad Sazili Mohd Nor dan Mohd Zolfakar Taib (Bebas).

Di DUN Muadzam Shah, pengganti kepada penyandang lima penggal DUN itu Datuk Seri Maznah Mazlan iaitu Ir Razali Kassim akan menentang calon PAS, Ramli Awang Ahmat dan Osman A Bakar daripada PKR.

Hasan yang pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Pahang pada 1999 berkata beliau yakin pengundi di kawasan itu akan terus memberikan sokongan kepada BN berdasarkan rekod pencapaian parti itu yang tidak pernah meminggirkan penduduk di kawasan itu.

"Lebih 70 peratus daripada 5,735 kilometer persegi keluasan Rompin adalah terdiri daripada kawasan Felda dan sudah tentu BN turut memberi tumpuan kepada golongan peneroka termasuk masalah perumahan generasi kedua.

"Setakat ini, antara yang kita telah lakukan termasuk dengan menyediakan lot tapak rumah bagi projek perumahan generasi kedua di Felda Keratong empat dan lima sebanyak 264 unit rumah yang akan diserahkan pada Jumaat ini," katanya.

Katanya kerajaan juga akan terus membangunkan Rompin dengan sektor pertanian moden dan pelancongan bagi memberi lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat khususnya golongan muda.

Ia termasuk projek tanaman nanas di Kampung Tanam diusahakan oleh masyarakat Orang Asli dan dibangunkan dengan kerjasama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) serta kawasan jelapang padi Paya Setajam melibatkan tiga buah kampung iaitu Kampung Piangu, Kampung Setajam dam Kampung Sarang Tiong.

"Kita juga telah memperuntukkan RM14 juta untuk pembinaan semula Taman Negara Endau Rompin termasuk membina chalet dan kompleks informasi. Malah sebuah jeti pelancongan juga akan dibina untuk aktiviti sukan memancing di Kuala Rompin dan menaik taraf jalan di Pantai Hiburan dengan kos RM5 juta," katanya.

Katanya BN memerlukan mandat untuk meneruskan lebih banyak projek pembangunan di kawasan ini demi manfaat masyarakat setempat dan berharap pengundi akan membuat pilihan yang tepat pada 9 Mei ini.

Mengikut rekod Suruhanjaya PIlihan Raya terdapat seramai 61,918 pengundi berdaftar dengan 54,310 pengundi Melayu (87.7 peratus) , Cina 1,431 pengundi ( 2.3 peratus), India 635 pengundi ( satu peratus), Orang Asli 5,232 pengundi (8.4 peratus) dan selebihnya lain-lain. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Hasan: Momentum PRK 2015 Di Teruskan Untuk Menawan Rompin

Sekianlah artikel Hasan: Momentum PRK 2015 Di Teruskan Untuk Menawan Rompin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hasan: Momentum PRK 2015 Di Teruskan Untuk Menawan Rompin dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/hasan-momentum-prk-2015-di-teruskan.html

Subscribe to receive free email updates: