Tun M Melampau Dakwa Mangsa Memali Mati Katak, Tegas ‘Syahid'

Tun M Melampau Dakwa Mangsa Memali Mati Katak, Tegas ‘Syahid' - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tun M Melampau Dakwa Mangsa Memali Mati Katak, Tegas ‘Syahid', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun M Melampau Dakwa Mangsa Memali Mati Katak, Tegas ‘Syahid'
link : Tun M Melampau Dakwa Mangsa Memali Mati Katak, Tegas ‘Syahid'

Baca juga


Tun M Melampau Dakwa Mangsa Memali Mati Katak, Tegas ‘Syahid'


KOTA BHARU: PAS hari ini membidas Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengatakan mangsa Peristiwa Memali 32 tahun lalu “mati katak”, menyifatkan kata-kata itu penghinaan melampau kepada mangsa, keluarga dan rakyat.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Dr Mahathir sudah melampaui tatasusila orang Islam dan Melayu kerana berkata sedemikian terhadap orang “mati syahid”.

“Sultan Kedah sendiri mencemar duli ke kubur mangsa tragedi. Jika mangsa Memali dikatakan ‘mati katak’, adakah tindakan Sultan Kedah ketika itu disifatkan tidak betul?” katanya pada sidang media di pejabat PAS Kota Bharu hari ini.

Semalam, Dr Mahathir sekali lagi membidas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan “Amanat Hadi”, teks ucapan 1980-an didakwa mengatakan PAS menentang Umno kerana ia mengekalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliah.

Amanat itu dituduh sebagai punca orang Melayu berpecah kepada PAS dan Umno sehingga menyebabkan tuduhan kafir-mengkafir, solat 2 imam dan pemulauan aktiviti masyarakat.

Malam tadi, Dr Mahathir mendakwa amanat itu penyebab berlakunya Peristiwa Memali 1985, yang menyaksikan 4 anggota polis dan 13 penyokong guru agama, Ibrahim Mahmud, terkorban dalam operasi menahan Ibrahim kerana didakwa terlibat dalam kegiatan memecah-belahkan umat Islam.

Tuan Ibrahim berkata Dr Mahathir tidak sepatutnya memainkan isu Memali dan bertemu keluarga mangsa untuk meminta maaf.

“Saya pelik ada orang nak angkat dia semula sebagai perdana menteri, kononnya dia bertaubat. Saya tak nampak macam muka bertaubat,” katanya, dan mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat tragedi itu. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Tun M Melampau Dakwa Mangsa Memali Mati Katak, Tegas ‘Syahid'

Sekianlah artikel Tun M Melampau Dakwa Mangsa Memali Mati Katak, Tegas ‘Syahid' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tun M Melampau Dakwa Mangsa Memali Mati Katak, Tegas ‘Syahid' dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/tun-m-melampau-dakwa-mangsa-memali-mati.html

Subscribe to receive free email updates: