Mahkamah Rayuan 'Kekal' Sabitan Denda Chegubard & Lima Individu

Mahkamah Rayuan 'Kekal' Sabitan Denda Chegubard & Lima Individu - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahkamah Rayuan 'Kekal' Sabitan Denda Chegubard & Lima Individu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahkamah Rayuan 'Kekal' Sabitan Denda Chegubard & Lima Individu
link : Mahkamah Rayuan 'Kekal' Sabitan Denda Chegubard & Lima Individu

Baca juga


Mahkamah Rayuan 'Kekal' Sabitan Denda Chegubard & Lima Individu


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan sabitan dan denda terhadap enam individu termasuk bekas ketua PKR Cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard kerana menyertai perhimpunan dan merusuh di Jalan Parlimen pada 2013.

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Kamardin Hashim, Datuk Yaacob Md Sam dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil mengekalkan sabitan dan denda RM6,000 ke atas Badrul Hisham, 39, dan Edy Noor Reduan, 37, selepas menolak rayuan mereka kerana tidak hadir di mahkamah hari ini bagi pendengaran rayuan mereka.

Kedua-dua lelaki itu disabitkan dan didenda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen pada 31 Mei 2016 atas tuduhan mengambil bahagian dalam perhimpunan haram dan merusuh. Rayuan mereka ditolak di Mahkamah Tinggi pada Mac tahun lepas.

Sementara itu, panel hakim yang sama turut menolak rayuan yang dikemukakan tiga individu -- Norazimah Mohamad Nor, 42, Ahmad Shauqie Abdul Aziz, 27, dan Lim Sue Pei, 30, terhadap sabitan dan denda RM6,000 kerana menyertai perhimpunan dan merusuh.

Individu keempat, Annie Ooi Siew Lan, 72, pesara guru juga gagal dalam rayuannya bagi mengetepikan sabitan dan denda RM2,000 kerana menyertai perhimpunan sama.

Hakim Kamardin yang mengetuai panel itu memutuskan sabitan terhadap keempat-empat individu itu adalah selamat untuk dikekalkan dan mahkamah tidak menemui sebarang kekhilafan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi.

Kesemua mereka didenda RM2,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen pada 31 Mei 2016 yang didakwa menyertai perhimpunan itu bagi melakukan mudarat awam di Jalan Parlimen, Kuala Lumpur antara 9.15 pagi dan 11.25 pagi pada 24 Jun 2013.

Kecuali Annie, kelima-lima individu itu juga didenda RM4,000 atau penjara enam bulan kerana didakwa merusuh di persimpangan jalan masuk ke bangunan Parlimen pada 11.25 pagi pada tarikh sama.

Mereka gagal dalam rayuan di Mahkamah Tinggi pada 28 Mac 2017. Kesemua mereka membayar denda itu.

Peguam Haijan Omar mewakili kesemua perayu manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazilee Abdul Khairi. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Mahkamah Rayuan 'Kekal' Sabitan Denda Chegubard & Lima Individu

Sekianlah artikel Mahkamah Rayuan 'Kekal' Sabitan Denda Chegubard & Lima Individu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahkamah Rayuan 'Kekal' Sabitan Denda Chegubard & Lima Individu dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/mahkamah-rayuan-kekal-sabitan-denda.html

Subscribe to receive free email updates: