Tun Daim: Undi PH, Jangan Undi Dacing, GST Government Sudah Tipu

Tun Daim: Undi PH, Jangan Undi Dacing, GST Government Sudah Tipu - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tun Daim: Undi PH, Jangan Undi Dacing, GST Government Sudah Tipu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun Daim: Undi PH, Jangan Undi Dacing, GST Government Sudah Tipu
link : Tun Daim: Undi PH, Jangan Undi Dacing, GST Government Sudah Tipu

Baca juga


Tun Daim: Undi PH, Jangan Undi Dacing, GST Government Sudah Tipu


PRU14 | Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin memeriahkan lagi suasana kempen menjelang PRU ke-14 apabila muncul memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini.
Menyertai ceramah HARAPAN di pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Pendang Daim mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan kesilapan mengundi BN.
Sebaliknya kata Daim, mereka mesti mengundi 'mata' - merujuk kepada simbol PKR yang disepakati oleh HARAPAN menjadi logo bersama mereka sempena PRU kali ini.
"Pangkah mata, jangan pangkah dacing (BN) sebab dacing tu tipu. Kemudian pada 10 hari bulan nanti, kita akan ada sebuah kerajaan baru," katanya di depan hampir 100 orang yang berada di program berkenaan.
Pendang ialah sebuah kerusi yang dianggap berpotensi untuk dimenangi HARAPAN walaupun sejarah menunjukkan pemenang di kerusi parlimen itu bertukar-tukar di antara BN dan PAS.
Sekarang barang naik
Kata Daim ekonomi negara di bawah Dr Mahathir juga berkembang dengan baik berbanding apa yang berlaku semasa zaman Datuk Seri Najib Razak.
Beliau juga secara bersahaja memberikan 'makna baru' buat cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dijanjikan HARAPAN bakal hapus jika mereka berjaya menawan Putrajaya.
"GST ni sebenarnya (singkatan) government sudah tipu.
"Ahmad Maslan (bekas timbalan menteri kewangan) pernah kata harga barang akan turun kalau GST dilaksanakan. Ada turun (harga) tak?
"Tunjuk satu barang yang turun. Yang turun ialah harga getah, yang turun pendapatan rakyat," katanya.
Justeru kata Daim, 80, pada PRU lapan hari lagi pengundi tidak boleh membuat kesilapan kerana ia akan membawa masalah kepada generasi akan datang.


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Tun Daim: Undi PH, Jangan Undi Dacing, GST Government Sudah Tipu

Sekianlah artikel Tun Daim: Undi PH, Jangan Undi Dacing, GST Government Sudah Tipu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tun Daim: Undi PH, Jangan Undi Dacing, GST Government Sudah Tipu dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/tun-daim-undi-ph-jangan-undi-dacing-gst.html

Subscribe to receive free email updates: