Tiada Pemeriksaan Imigresen, Ke Atas Tun M Di Lapangan Terbang Kuala Terengganu

Tiada Pemeriksaan Imigresen, Ke Atas Tun M Di Lapangan Terbang Kuala Terengganu - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiada Pemeriksaan Imigresen, Ke Atas Tun M Di Lapangan Terbang Kuala Terengganu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada Pemeriksaan Imigresen, Ke Atas Tun M Di Lapangan Terbang Kuala Terengganu
link : Tiada Pemeriksaan Imigresen, Ke Atas Tun M Di Lapangan Terbang Kuala Terengganu

Baca juga


Tiada Pemeriksaan Imigresen, Ke Atas Tun M Di Lapangan Terbang Kuala Terengganu


PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia tidak melakukan pemeriksaan ke atas Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika beliau berada di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu sebelum berlepas ke Subang.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pihak imigresen tidak melakukan pemeriksaan ke atas pemimpin pembangkang tersebut memandangkan beliau menaiki  penerbangan domestik.

"Saya telah mendapatkan maklumat dan pengesahan daripada Pengarah Imigresen Terengganu (Rahim Hanafi ) menyatakan ada penerbangan dari Kuala Terengganu ke Subang yang dinaiki Tun Mahathir namun tiada pemeriksaan dilakukan ke atas beliau kerana itu merupakan penerbangan domestik," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Terdahulu, ketika berceramah di Dengkil, Tun Mahathir mendakwa beliau diperiksa oleh pihak Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia ketika berada di Terengganu sebelum terbang ke Subang.

"Saya baru balik dari Terengganu pagi tadi. Terengganu dalam Malaysia dan saya diperiksa oleh kastam dan imigresen. Kami tidak membawa apa-apa dengan kami lagi pun kami sudah berada dalam Malaysia," katanya.

Tun Mahathir sebelum ini mendakwa pesawat yang sepatutnya menerbangkan beliau dari Subang ke Langkawi baru-baru ini disabotaj namun dinafikan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAMM) hasil pemeriksaan menyeluruh. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Tiada Pemeriksaan Imigresen, Ke Atas Tun M Di Lapangan Terbang Kuala Terengganu

Sekianlah artikel Tiada Pemeriksaan Imigresen, Ke Atas Tun M Di Lapangan Terbang Kuala Terengganu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiada Pemeriksaan Imigresen, Ke Atas Tun M Di Lapangan Terbang Kuala Terengganu dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/tiada-pemeriksaan-imigresen-ke-atas-tun.html

Subscribe to receive free email updates: