PRU-14: Calon BN Beserah Tekad Perjuangkan 'Kebajikan' Nelayan

PRU-14: Calon BN Beserah Tekad Perjuangkan 'Kebajikan' Nelayan - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU-14: Calon BN Beserah Tekad Perjuangkan 'Kebajikan' Nelayan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU-14: Calon BN Beserah Tekad Perjuangkan 'Kebajikan' Nelayan
link : PRU-14: Calon BN Beserah Tekad Perjuangkan 'Kebajikan' Nelayan

Baca juga


PRU-14: Calon BN Beserah Tekad Perjuangkan 'Kebajikan' Nelayan


KUANTAN: Datuk Suhaimi Sulong, calon muka baharu yang diketengahkan oleh Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Beserah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14),

bertekad untuk memperjuangkan kebajikan nelayan di kawasan itu jika memenangi kerusi itu.

Suhaimi, 47, yang juga Ketua Penerangan BN Indera Mahkota berkata beliau sudah mempunyai empat cadangan untuk membantu nelayan dan keluarga mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.

"Masalah nelayan di kawasan ini berlarutan selama 10 tahun sejak di berada di bawah pembangkang. Jika diberikan kepercayaan untuk mewakili mereka, BN akan membantu segi penempatan, baik pulih kawasan tangkapan, kebajikan keluarga nelayan serta memastikan tidak ada keciciran berlaku kepada mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama pada Program Ramah Mesra Bersama Nelayan Pantai di Pasar Nelayan Balok di sini, semalam.

Program ini turut dihadiri Pengerusi Nelayan Kampung Balok Raja Haris Raja Salim, Anggota Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kawasan Balok dan Persatuan Nelayan Negeri, Tengku Adnan Tengku Husin.

Suhaimi berkata BN juga akan membantu dari segi meningkatkan kualiti kawasan tangkapan ikan dengan menambah tukun bagi memastikan nelayan mendapat hasil tangkapan yang lebih baik.

Mengikut rekod, terdapat seramai 300 nelayan di kawasan Beserah dan semua nasib mereka akan terus terbela di bawah pemerintahan kerajaan yang diterajui BN.

"Kita juga akan bantu nelayan supaya tidak bergantung sepenuhnya dengan hasil tangkapan sebaliknya, melibatkan diri dengan aktiviti hiliran lain supaya dapat menjadi sumber rezeki terutama ketika musim tengkujuh," katanya.

Pada PRU14, Suhaimi akan berdepan pertandingan tiga penjuru menentang penyandang kerusi Andansura Rabu (PAS) serta calon PKR Zulkifli Mohamed. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel PRU-14: Calon BN Beserah Tekad Perjuangkan 'Kebajikan' Nelayan

Sekianlah artikel PRU-14: Calon BN Beserah Tekad Perjuangkan 'Kebajikan' Nelayan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU-14: Calon BN Beserah Tekad Perjuangkan 'Kebajikan' Nelayan dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/pru-14-calon-bn-beserah-tekad.html

Subscribe to receive free email updates: