Wang Deposit 'RM870,000' Lesap, 84 Calon Di Sabah Gagal Tanding PRU14

Wang Deposit 'RM870,000' Lesap, 84 Calon Di Sabah Gagal Tanding PRU14 - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wang Deposit 'RM870,000' Lesap, 84 Calon Di Sabah Gagal Tanding PRU14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wang Deposit 'RM870,000' Lesap, 84 Calon Di Sabah Gagal Tanding PRU14
link : Wang Deposit 'RM870,000' Lesap, 84 Calon Di Sabah Gagal Tanding PRU14

Baca juga


Wang Deposit 'RM870,000' Lesap, 84 Calon Di Sabah Gagal Tanding PRU14


BANGI: Seramai 84 calon sebuah parti pembangkang tempatan di Sabah tidak dapat bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) apabila wang pembayaran deposit lesap, dipercayai dilarikan penasihat kewangan parti berkenaan.

Memetik laporan akhbar Berita Harian (BH), lelaki berusia 38 tahun terbabit gagal hadir bersama wang itu ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Kota Kinabalu, sehari sebelum proses penamaan calon pada Sabtu lalu.

Sumber akhbar berkenaan dipetik sebagai berkata, sejumlah RM870,000 itu adalah wang untuk proses pembayaran pendaftaran bagi calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) parti itu.

Tindakan suspek menyebabkan hanya dua calon didaftarkan dengan menggunakan wang sendiri iaitu DUN Balung dan Merotai, manakal 26 Parlimen termasuk Labuan dan 58 calon DUN gagal bertanding.

“Wang berjumlah RM870,000 itu diserahkan kepada suspek ketika perjumpaan bersama calon parti pada jam 10.30 pagi, Jumaat lalu.

“Pihak SPR telah memberi kelonggaran kepada parti itu untuk membuat pembayaran sebelum jam 12 tengah malam namun suspek gagal ditemui atau dihubungi,” kata sumber itu.

Walaupun laporan polis telah dibuat, namun suspek sehingga kini masih gagal menyerahkan wang pembayaran berkenaan.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din mengesahkan menerima laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan kerana jenayah pecah amanah. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Wang Deposit 'RM870,000' Lesap, 84 Calon Di Sabah Gagal Tanding PRU14

Sekianlah artikel Wang Deposit 'RM870,000' Lesap, 84 Calon Di Sabah Gagal Tanding PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wang Deposit 'RM870,000' Lesap, 84 Calon Di Sabah Gagal Tanding PRU14 dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/wang-deposit-rm870000-lesap-84-calon-di.html

Subscribe to receive free email updates: