"Projek ECRL" Jadi Hab Pekerjaan Kepada Para Siswazah Tempatan

"Projek ECRL" Jadi Hab Pekerjaan Kepada Para Siswazah Tempatan - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "Projek ECRL" Jadi Hab Pekerjaan Kepada Para Siswazah Tempatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Projek ECRL" Jadi Hab Pekerjaan Kepada Para Siswazah Tempatan
link : "Projek ECRL" Jadi Hab Pekerjaan Kepada Para Siswazah Tempatan

Baca juga


"Projek ECRL" Jadi Hab Pekerjaan Kepada Para Siswazah Tempatan


BENTONG: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)  mampu menjadi hab pekerjaan bagi belia tempatan, terutama lepasan universiti menerusi kejayaan Program Latihan Kemahiran Industri ECRL (PLKI-ECRL). 

Siswazah bidang Kejuruteraan Sivil, Mohamad Hazman Mohamad Yusof, 24 berkata program itu berjaya membantunya mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.

"Projek ini membuka peluang kepada saya mendapatkan pekerjaan dan memulakan karier dalam industri teknologi keretapi.

Sebaik sahaja tamat pengajian saya terus mengikuti program ini dan berjaya diserap bekerja bersama Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL)." katanya kepada pemberita pada sesi persiapan Siri Kempen Pengambilan Pekerja ECRL, di Dewan Perhimpunan Cina Bentong, di sini, hari ini.

Manakala, Nur Hamizan Jefry, 25 berkata program itu turut berjaya merapatkan jurang antara  siswazah  lelaki dan wanita dalam bidang berkenaan.

"Ramai berpendapat industri ini sukar untuk golongan wanita, tapi saya membuktikan wanita juga boleh sama hebat dengan lelaki.

Malah, dakwaan projek ini hanya menggajikan warga asing adalah tidak benar, kerana hakikatnya ramai anak tempatan termasuk diri saya terlibat sama dalam projek ini." katanya.

Nor Hamizan dan Mohamad Hazman adalah antara 314 pelatih yang berjaya diserap bekerja menerusi program itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MRL Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata siri kempen itu menawarkan 500 peluang pekerjaan  dalam pelbagai jawatan.

"Kita harapkan penduduk di kawasan Bentong akan datang ke sesi temu duga terbuka yang diadakan selama satu hari, di sini esok. "Mereka berpeluang untuk mengisi peluang pekerjaan yang ditawarkan," katanya.

Program latihan kemahiran yang diterajui MRL itu dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jun 2017, bertujuan melatih graduan tempatan sebelum ditawarkan bekerja di MRL, China Communications Construction Company (CCCC) atau sub-kontraktor yang terlibat dalam pembinaan ECRL.

PLKI-ECRL menyasarkan seramai 3,600 pelatih diserap bekerja sepanjang tempoh pembinaan ECRL. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel "Projek ECRL" Jadi Hab Pekerjaan Kepada Para Siswazah Tempatan

Sekianlah artikel "Projek ECRL" Jadi Hab Pekerjaan Kepada Para Siswazah Tempatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel "Projek ECRL" Jadi Hab Pekerjaan Kepada Para Siswazah Tempatan dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/projek-ecrl-jadi-hab-pekerjaan-kepada.html

Subscribe to receive free email updates: