Jabatan Perhutanan Perkenalkan Pendekatan 'Forest Therapy' Tarik Pelancong

Jabatan Perhutanan Perkenalkan Pendekatan 'Forest Therapy' Tarik Pelancong - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jabatan Perhutanan Perkenalkan Pendekatan 'Forest Therapy' Tarik Pelancong, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jabatan Perhutanan Perkenalkan Pendekatan 'Forest Therapy' Tarik Pelancong
link : Jabatan Perhutanan Perkenalkan Pendekatan 'Forest Therapy' Tarik Pelancong

Baca juga


Jabatan Perhutanan Perkenalkan Pendekatan 'Forest Therapy' Tarik Pelancong


TEMERLOH: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia akan memperkenalkan pendekatan 'Forest Therapy' bagi menarik kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara melawat hutan di negara ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Nor Akhirrudin Mahmud, berkata pendekatan yang bakal digunakan itu diyakini mampu menjadi tarikan baharu kawasan rekreasi dan hutan taman eko rimba di negara ini sekiranya berjaya mendapat modul terbaik pelaksanaannya.

Menurutnya, perkara itu masih di peringkat kajian melibatkan pakar-pakar dalam bidang berkaitan supaya apa yang dirancang memberi impak kepada pelancong yang melawat hutan di negara ini.

"Menerusi lawatan ke hutan pelancong boleh menikmati pemandangan dan suasana yang tenteram dengan terapi semulajadi yang mereka rasai sendiri.

"Setakat in,i kita belum menentukan kawasan atau negeri mana yang akan menjadi hutan pertama menyediakan perkhidmatan ini sebaliknya bergantung kepada hasil kajian di bawah bahagian taman eko rimba," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan program Malaysia Cavers Symposium 2018 yang turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Datuk Dr. Mohd Hizamri Mohd Yasin dan Pengarah Bahagian Taman Eko Rimba Abdul Rahman Abdul Jalil.

Nor Akhiruddin, berkata pendekatan Forest Therapy itu bertujuan menggalakkan kehadiran pelancong melawat hutan di negara ini sekali gus memberi limpahan ekonomi kepada penduduk tempatan.

Katanya, pendekatan itu juga sebagai sebahagian dari usaha Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia untuk menjadikan hutan sebagai sumber pendapatan kepada masyarakat tempatan dan negara dan tidak semata-mata menerusi aktiviti pembalakan.

"Kita mahu menjadikan hutan sumber pendapatan kepada masyarakat bukan menerusi pembalakan sebaliknya menerusi aktiviti seperti Forest Therapy ini bagi menarik kehadiran pelancong baharu dan pelancong berulang ke negara ini.

"Jabatan Perhutanan akan bekerjasama dengan kementerian dan jabatan lain dalam usaha memastikan perancangan itu terlaksana," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perhutanan Pahang Datuk Mohd Hizamri Mohd Yasin, berkata kawasan rekreasi Hutan Lipur Gunung Senyum akan ditambah baik bagi menarik kehadiran lebih ramai pelancong. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Jabatan Perhutanan Perkenalkan Pendekatan 'Forest Therapy' Tarik Pelancong

Sekianlah artikel Jabatan Perhutanan Perkenalkan Pendekatan 'Forest Therapy' Tarik Pelancong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jabatan Perhutanan Perkenalkan Pendekatan 'Forest Therapy' Tarik Pelancong dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/jabatan-perhutanan-perkenalkan.html

Subscribe to receive free email updates: