Najib: 'Kampus UiTM Raub' Hasil Perjuangan Calon BN DUN Dong

Najib: 'Kampus UiTM Raub' Hasil Perjuangan Calon BN DUN Dong - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib: 'Kampus UiTM Raub' Hasil Perjuangan Calon BN DUN Dong, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib: 'Kampus UiTM Raub' Hasil Perjuangan Calon BN DUN Dong
link : Najib: 'Kampus UiTM Raub' Hasil Perjuangan Calon BN DUN Dong

Baca juga


Najib: 'Kampus UiTM Raub' Hasil Perjuangan Calon BN DUN Dong


RAUB: Kewujudan Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Raub yang terletak di Mukim Gali di sini, adalah hasil perjuangan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab Moin.

Perkara itu didedahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkata Shahiruddin, yang juga Ketua UMNO Bahagian Raub telah berjumpa dengannya lima tahun lepas untuk merayu supaya kampus cawangan UiTM diwujudkan di daerah itu.

"Beliau (Shahiruddin) datang ke pejabat saya dan bawa surat dengan muka sedihnya dan dengan suara yang sedih beliau kata di Raub tiada kampus institusi pengajian tinggi awam..mintalah supaya satu UiTM dibina.

"Saya terima dan saya berikan kelulusan serta-merta. Esok genap lima tahun saya datang di sini kerana pada 4 Mei 2015 saya datang untuk pecah tanah pembinaan UiTM," katanya semasa merasmikan Kampus UiTM Raub di sini, hari ini.

Turut hadir pada acara itu ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Tan Sri Noorul Ainur Mohd Nur, Naib Canselor UiTM Profesor Emritus Datuk Dr Hassan Said dan Shahiruddin.

Justeru itu, Najib berkata UiTM Raub mempunyai 'nilai sentimental' kepadanya dan kedatangan beliau ke kampus itu pada hari ini, adalah umpama 'pulang ke kampung'.

Beliau turut meluahkan rasa kagum dengan kemajuan kampus yang kini mempunyai 3,000 penuntut dan 200 pensyarah serta kakitangan, walaupun pada awalnya ada pihak yang menyifatkan kawasan itu sebagai 'tempat jin bertendang' (terpencil).

Katanya, pembinaan kampus itu juga diyakini dapat menjadi 'magnet' untuk menarik pembangunan, membuka lebih banyak peluang perniagaan dan meningkatkan kualiti pengangkutan awam serta mengubah landskap Raub yang sudah tersohor dengan durian Musang King.

"Bila ada UiTM di kawasan ini, bererti komitmen kerajaan untuk memberi akses kepada pendidikan berkualiti semakin hari semakin jelas. Kejayaan kita untuk memenuhi matlamat itu juga sudah terbukti," katanya.

Sementara itu, Hassan dalam ucapannya memaklumkan pembinaan kampus universiti yang bermula pada 1 Nov 2012 itu melibatkan kawasan seluas 32 hektar dan siap pada 31 Okt 2015.

Kampus itu yang dibina secara Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) oleh Syarikat Konsesi Utusan Intelek Sdn Bhd diserahkan kepada UiTM cawangan Pahang pada 13 Nov 2015 dan mula beroperasi pada 29 Nov tahun yang sama.

Hassan berkata beliau tersentuh dengan keprihatinan Najib yang memberikan perhatian istimewa kepada UiTM walaupun terdapat lebih 100 universiti, kolej awam dan swasta di Malaysia.

"Sokongan perdana menteri kepada kami tidak ternilai tingginya. Pada 1996, semasa menjadi Menteri Pendidikan, ITM (Institut Teknologi Mara - nama lama UiTM) telah diberikan kelulusan untuk menawarkan program pengajian peringkat ijazah dan yang lebih tinggi lagi.

"Pada 1998, beliau telah membantu dalam usaha menaik taraf ITM kepada UiTM. Pihak UiTM akan terus mengingati dan keprihatinan kerajaan kepada pembangunan universiti ini," katanya.

Najib merupakan Menteri Pendidikan bagi tempoh 1995 hingga 1999.

Hassan berkata Najib juga memberi pesanan bahawa perubahan skim gaji yang berlaku akibat proses menaik taraf itu hendaklah melebihi daripada sedia ada demi menjaga kebajikan kakitangan universiiti itu.

Beliau juga berterima kasih atas peruntukan RM2.4 bilion untuk perbelanjaan UiTM yang diyakini akan membantu usaha universiti melahirkan lebih ramai graduan.

Katanya, setakat ini UiTM telah melahirkan lebih 700,000 graduan Melayu dan bumiputera.

Semasa membentangkan Bajet 2018, Najib mengumumkan peruntukan RM2.4 bilion kepada UiTM di bawah Dasar Transformasi Kesejahteraan Bumiputera. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Najib: 'Kampus UiTM Raub' Hasil Perjuangan Calon BN DUN Dong

Sekianlah artikel Najib: 'Kampus UiTM Raub' Hasil Perjuangan Calon BN DUN Dong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib: 'Kampus UiTM Raub' Hasil Perjuangan Calon BN DUN Dong dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/najib-kampus-uitm-raub-hasil-perjuangan.html

Subscribe to receive free email updates: