Mahkamah Tinggi Tolak "Bidaan" Tian Chua Untuk Mencabar SPR !

Mahkamah Tinggi Tolak "Bidaan" Tian Chua Untuk Mencabar SPR ! - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahkamah Tinggi Tolak "Bidaan" Tian Chua Untuk Mencabar SPR !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahkamah Tinggi Tolak "Bidaan" Tian Chua Untuk Mencabar SPR !
link : Mahkamah Tinggi Tolak "Bidaan" Tian Chua Untuk Mencabar SPR !

Baca juga


Mahkamah Tinggi Tolak "Bidaan" Tian Chua Untuk Mencabar SPR !


KUALA LUMPUR: Penyandang kerusi Parlimen Batu, Tian Chua tidak boleh bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) selepas Mahkamah Tinggi di sini menolak tindakan undang-undangnya terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Hakim Datuk Nordin Hassan berkata mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar perkara itu atau menentukan kesahihan Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) Anwar Mohd Zain dalam menolak kertas pencalonan Tian Chua kerana ia adalah bidang kuasa hakim pilihan raya di bawah Seksyen 33 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Nordin dalam penghakimannya berkata pemohon (Tian Chua) sepatutnya memfailkan saman dengan cara mengemukakan petisyen pilihan raya dan bukannya dengan saman pemula (OS).

Hakim juga menyatakan bahawa saman pemula yang difailkan Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chan untuk mencabar penolakan kertas pencalonan oleh responden pertama, Anwar sepatutnya didengar hakim pilihan raya sebagaimana diperuntukkan mengikut Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan.

"Tiada pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri akan dipersoalkan, kecuali oleh petisyen pilihan raya yang dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di mana pilihan raya itu diadakan," katanya.

Nordin berkata Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 juga memberi penyelesaian kepada sesiapa yang terkilan dengan keputusan RO untuk mengemukakan petisyen pilihan raya atas keputusannya.

"Oleh itu, saya menolak saman pemula oleh pemohon dengan tiada sebarang perintah berhubung kos," katanya.

Hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal oleh SPR dan Anwar terhadap saman pemula yang dibawa Tian Chua yang juga Naib Presiden PKR.

Tian Chua, 55, memfailkan saman pemula pada 30 April lepas dengan menamakan Anwar, 56, dan SPR masing-masing sebagai responden pertama dan kedua.

Dalam samannya, bekas Anggota Parlimen Batu itu memohon satu pengisytiharan mahkamah bahawa beliau berhak untuk dicalonkan dan bertanding kerusi itu, menurut Perkara 48(1) Perlembagaan Persekutuan.

Pencalonan Tian Chua ditolak pegawai pengurus pilihan raya atas alasan bahawa Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2 Mac tahun ini, mengenakan denda RM2,000 ke atas beliau kerana mengeluarkan perkataan kesat yang mengaibkan seorang pegawai polis.

Mahkamah Tinggi Shah Alam membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan yang difailkan Tian Chua dan mengurangkan denda kepada RM2,000.

Pada mulanya, beliau didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya kerana mengeluarkan perkataan kesat yang mengaibkan seorang pegawai polis pada 2014.

Dalam permohonannya, Tian Chua mendakwa bahawa dalam pilihan raya yang lepas iaitu PRU13, beliau dibenarkan untuk bertanding walaupun didenda RM2,000 oleh mahkamah ketika itu.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Tian Chua berkata beliau akan memfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini.

Peguam Datuk Gurdial Singh Nijar mewakili Tian Chua manakala Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke Yee Ching, Suzana Atan, Shamsul Bolhassan dan Azizan Md Arshad mewakili kedua-dua responden. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Mahkamah Tinggi Tolak "Bidaan" Tian Chua Untuk Mencabar SPR !

Sekianlah artikel Mahkamah Tinggi Tolak "Bidaan" Tian Chua Untuk Mencabar SPR ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahkamah Tinggi Tolak "Bidaan" Tian Chua Untuk Mencabar SPR ! dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/mahkamah-tinggi-tolak-bidaan-tian-chua.html

Subscribe to receive free email updates: