Barisan Nasional Punyai Peluang Rampas Kembali Parlimen Raub !

Barisan Nasional Punyai Peluang Rampas Kembali Parlimen Raub ! - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Barisan Nasional Punyai Peluang Rampas Kembali Parlimen Raub !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Barisan Nasional Punyai Peluang Rampas Kembali Parlimen Raub !
link : Barisan Nasional Punyai Peluang Rampas Kembali Parlimen Raub !

Baca juga


Barisan Nasional Punyai Peluang Rampas Kembali Parlimen Raub !


RAUB: Ali Ismail, 55, meluahkan rasa kecewa kerana pemimpin pembangkang yang dipilih pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), gagal membantu rakyat ketika berada dalam kesusahan.

Peneroka di Felda Lembah Klau, antara kawasan penempatan di Parlimen Raub, itu berkata pemimpin pembangkang tidak menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dalam menyelesaikan masalah dihadapi mereka.

"Bila kita ada masalah putus bekalan air, kebakaran dan bumbung terbang akibat ribut, mereka tidak muncul beri bantuan," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Katanya tindakan sedemikian seolah-olah mengkhianati amanah diberikan rakyat yang memilih mereka untuk membawa perubahan.

Pada PRU13, DAP memenangi kerusi Parlimen Raub selepas calonnya, Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz menewaskan calon BN, Datuk Hoh Khai Mun daripada MCA dengan majoriti 2,814 undi.

Parlimen Raub sebelum ini diwakili BN dari 1999 hingga 2008 menerusi bekas Menteri Pelancongan Tan Sri Ng Yen Yen.

PRU14 menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun dengan Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (PKR) dan Mohamed Nilam Abdul Manap (PAS).

Menjelang hari pengundian 9 Mei ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat supaya memilih parti yang benar-benar boleh membantu dan bukannya sekadar memberikan janji kosong.

Bagi yang telah membuat kesilapan memilih, beliau berkata, usah biarkan pisang berbuah dua kali.

"Kalau memilih, pilihlah pihak yang memberi manfaat, apa guna menang sorak, tetapi kampung tergadai. Pertimbangan utama ialah pihak yang boleh bawa kehidupan lebih baik kepada rakyat," katanya ketika hadir merasmikan Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pahang Kampus Raub di sini semalam.

Dalam pada itu, penganalisis politik Che Hamdan Che Mohd Razali berkata Chew, yang merupakan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mempunyai peluang seimbang untuk memenangi kerusi Parlimen Raub.

"Kedudukan DAP sebagai penyandang kerusi Parlimen memberi keyakinan kepada mereka, manakala bagi BN, semangat berkobar-kobar untuk menebus kembali kerusi Raub menjadi tonik bagi penyokong dan pimpinan tempatan," katanya.

Che Hamdan, yang merupakan pensyarah kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Kampus Raub, berkata BN mampu mencapai kemenangan berdasarkan keharmonian dan kerjasama dalam konteks Raub, antara parti komponen yang bertanding iaitu MCA dengan UMNO.

Bagaimanapun, katanya jentera BN perlu memberi tumpuan terhadap isu pembelaan masyarakat luar bandar yang berhadapan bebanan ekoran kenaikan harga barang dan pembangunan yang tidak seimbang di Raub.

"Ini agak menepati dengan kempen BN yang mengetengahkan motto 'Bersama Membangunkan Raub' untuk memberikan keselesaan kepada penduduk Raub bagi mengimbangi kepesatan perubahan pembangunan sebagai contoh dengan kewujudan institusi pengajian tinggi di Raub iaitu UiTM," katanya. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Barisan Nasional Punyai Peluang Rampas Kembali Parlimen Raub !

Sekianlah artikel Barisan Nasional Punyai Peluang Rampas Kembali Parlimen Raub ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Barisan Nasional Punyai Peluang Rampas Kembali Parlimen Raub ! dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/barisan-nasional-punyai-peluang-rampas.html

Subscribe to receive free email updates: