(SYKT CHINA TAK KENA GST) Pemimpin UMNO TAK SETUJU

(SYKT CHINA TAK KENA GST) Pemimpin UMNO TAK SETUJU - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul (SYKT CHINA TAK KENA GST) Pemimpin UMNO TAK SETUJU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : (SYKT CHINA TAK KENA GST) Pemimpin UMNO TAK SETUJU
link : (SYKT CHINA TAK KENA GST) Pemimpin UMNO TAK SETUJU

Baca juga


(SYKT CHINA TAK KENA GST) Pemimpin UMNO TAK SETUJU


BAGAN SERAI - Kajian semula terhadap pelepasan GST kepada kontraktor projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL), China Communications Construction Company (CCCC) perlu dilakukan bagi menjaga sensitiviti rakyat.

Ahli Parlimen Bagan Serai (BN-UMNO), Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, gesaan itu dibuat memandangkan isu sebegini pastinya menimbulkan rasa kurang senang rakyat, sekaligus kebimbangan memberi persepsi negatif kepada kerajaan BN.

Menurutnya, perlaksanaan projek ECRL adalah projek mega dan syarikat terlibat pastinya memperolehi margin keuntungan besar.

“Pada pendapat saya, jika projek itu besar, mengapa dikecualikan GST? Pada masa sama, perkara lain melibatkan rakyat biasa sampaikan hendak keluar duit daripada bank pun dikenakan GST.

“Secara peribadi, alasan itu tidak kukuh dan saya mohon Kastam kaji balik memandangkan isu sebegini pastinya menimbulkan rasa kurang senang rakyat,” katanya kepada media sewaktu menghadiri majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bagan Serai/Beriah di sini hari ini.

Majlis dirasmikan Pengerusi Peladang Negeri (PPN) Perak, Datuk Nadzri Ismail turut dihadiri Ketua Umno bahagian Bagan Serai, Datuk Sham Mat Sahat dan Pengerusi PPK Bagan Serai/Beriah, Mohd Rashid Salim.

Noor Azmi berkata, sepatutnya perkara dikecualikan GST hanya melibatkan 500 item barangan keperluan makanan seperti gula, beras, tepung dan sebagainya.

Menurutnya, perlaksanaan projek mega seperti ECRL juga sebenarnya mampu menambahkan pendapatan negara secara tidak langsung melalui pengenaan GST.

“Adakah alasan diberikan Kastam benar-benar kukuh untuk membolehkan syarikat berkenaan diberikan pelepasan GST? Kena ingat, isu libat GST sangat sensitif kepada rakyat.

“Jadi adakah susulan kes ini, semua syarikat yang laksana projek mega untuk kepentingan rakyat Malaysia juga terima kemudahan sama?

“Saya minta perkara ini dikaji semula untuk kebaikan dan keadilan semua pihak,”katanya.

Semalam, media tempatan melaporkan Kastam mengesahkan sijil perlepasan GST kepada kontraktor ECRL dari syarikat negara China, CCCC setelah didedahkan Naib Presiden Amanah, Husam Musa.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, pihaknya memberi sokongan bagi mempertimbangkan pelepasan oleh Kementerian Kewangan kepada CCCC.

Katanya, pelepasan diberikan mengambil kira ECRL adalah projek melibatkan dua kerajaan yang membabitkan kepentingan awam.

Semalam, Husam memuat naik sijil yang menyatakan ia diberikan bawah Seksyen 56(3)(a) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

Seksyen itu menyatakan kuasa menteri kewangan untuk memberikan pelepasan berkenaan.

Turut disertakan kepala surat CCCC yang memberitahu pembekalnya bahawa ia diberikan pelepasan GST berdasarkan surat oleh Kementerian Kewangan bertarikh 7 Feb tahun ini.

Ia menambah bahawa pelepasan GST itu berkuat kuasa pada 26 September 2016.
Ketika ini, kerajaan sedang membiayai projek kira-kira RM60 bilion itu menerusi pinjaman mudah dari Bank Eksport-Import China dan hutang yang diperolehi dalam pasaran bon.

Dibina sepanjang 600km, ECRL akan menghubungkan Pelabuhan Klang dengan bandar-bandar utama di pantai timur Semenanjung Malaysia termasuk Kuantan, Kota Bharu dan Kuala Terengganu. - Sinar Harian


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel (SYKT CHINA TAK KENA GST) Pemimpin UMNO TAK SETUJU

Sekianlah artikel (SYKT CHINA TAK KENA GST) Pemimpin UMNO TAK SETUJU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel (SYKT CHINA TAK KENA GST) Pemimpin UMNO TAK SETUJU dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/sykt-china-tak-kena-gst-pemimpin-umno.html

Subscribe to receive free email updates: