Calon PH, "Tengku Zulpuri" Tawar "Khidmat Cemerlang" Di Parlimen Raub

Calon PH, "Tengku Zulpuri" Tawar "Khidmat Cemerlang" Di Parlimen Raub - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Calon PH, "Tengku Zulpuri" Tawar "Khidmat Cemerlang" Di Parlimen Raub, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Calon PH, "Tengku Zulpuri" Tawar "Khidmat Cemerlang" Di Parlimen Raub
link : Calon PH, "Tengku Zulpuri" Tawar "Khidmat Cemerlang" Di Parlimen Raub

Baca juga


Calon PH, "Tengku Zulpuri" Tawar "Khidmat Cemerlang" Di Parlimen Raub


RAUB: Bagai sirih pulang ke gagang; pengumuman Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji sebagai bakal calon DAP bagi mempertahankan kawasan Parlimen Raub (P80) menerima dokongan dan disambut baik pengundi kawasan ini.

Dengan rekod kerja yang cemerlang sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab merangkap Ketua Pembangkang DUN Pahang, beliau percaya amanah yang diberikan parti pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini bakal meneruskan kecemerlangannya di Parlimen Raub.

Dengan sikap yang mudah mesra, kecemerlangan khidmat masyarakat yang diberikan di DUN Mentakab sebelum ini bukan sahaja diketahui masyarakat tempatan malah pusat khidmatnya sering dikunjungi oleh penduduk daripada kawasan-kawasan berjiran.

“Saya akan menggunakan pengalaman saya sebagai Adun Mentakab dan Ketua Pembangkang DUN Pahang dalam kempen PRU14 di Raub.

“Saya amat mengharapkan para pengundi di sini dapat memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat Di Parlimen Raub pula Kali ini,” katanya kepada Roketkini.

Menurut Tengku Zul, terdapat empat isu utama yang akan disuarakannya di Parlimen sekiranya diberi mandat pada PRU14 iaitu isu kekerapan gangguan bekalan air di Pahang, masalah kos sara hidup rakyat, kesesakan jalan raya dan peluang pekerjaan.


“Saya percaya, kemenangan Pakatan Harapan di peringkat Persekutuan bukan sahaja mampu menyelesaikan isu-isu ini tetapi juga masalah ekonomi dan ketelusan secara keseluruhannya.

“Kita merayu kepada penduduk Raub khususnya dan seluruh rakyat Malaysia supaya memberi peluang kepada Pakatan Harapan untuk mentadbir di Putrajaya,” katanya lagi.

Pada PRU13 lalu, DAP yang diwakili Datuk Mohd Ariff Sabri memperoleh 23,415 undi menewaskan calon BN Hoh Khai Mun dengan majoriti sebanyak 2,814 undi daripada 44,943 undi yang diperoleh.

Kawasan  ini menyaksikan sebanyak 50% pengundi Melayu, 40% Cina, 6% India dan lain-lain sebanyak 4% dengan mencatatkan jumlah pengundi berdaftar seramai 54,214.

Tengku Zul bukanlah tokoh yang asing bagi rakyat di Raub. Beliau yang ketika itu Timbalan Pengerusi DAP Pahang lantang mengkritik ‘pelaburan berisiko’ kerajaan BN Pahang.

Pada tahun 2012, beliau bersama pemimpin DAP tempatan, aktivis alam sekitar dan penduduk Bukit Koman giat menjalankan kempen membantah perlombongan emas oleh sebuah syarikat emas, Raub Australian Gold Mining Sdn. Bhd. (RAGM) yang dipercayai menggunakan sianida yang mengancam kesihatan penduduk sekitar.

Kontroversi tapak perlombongan yang terletak hanya beberapa ratus meter dari kawasan perkampungan yang didiami kira-kira 400 keluarga itu dipercayai telah menyebabkan pelbagai masalah kesihatan khususnya melibatkan masalah kulit.

Selain itu, Tengku Zul juga amat dikenali sebagai pemimpin yang bersuara membela kepentingan dan hak masyarakat Orang Asli yang terancam akibat pembalakan dan penerokaan kawasan tanah yang sepatutnya dilindungi sebagai Tanah Hak Adat. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Calon PH, "Tengku Zulpuri" Tawar "Khidmat Cemerlang" Di Parlimen Raub

Sekianlah artikel Calon PH, "Tengku Zulpuri" Tawar "Khidmat Cemerlang" Di Parlimen Raub kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Calon PH, "Tengku Zulpuri" Tawar "Khidmat Cemerlang" Di Parlimen Raub dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/calon-ph-tengku-zulpuri-tawar-khidmat.html

Subscribe to receive free email updates: