Nurul Izzah Dakwa Manifesto BN Hanyalah 'Madah Berhelah' Buat Pekerja

Nurul Izzah Dakwa Manifesto BN Hanyalah 'Madah Berhelah' Buat Pekerja - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nurul Izzah Dakwa Manifesto BN Hanyalah 'Madah Berhelah' Buat Pekerja, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nurul Izzah Dakwa Manifesto BN Hanyalah 'Madah Berhelah' Buat Pekerja
link : Nurul Izzah Dakwa Manifesto BN Hanyalah 'Madah Berhelah' Buat Pekerja

Baca juga


Nurul Izzah Dakwa Manifesto BN Hanyalah 'Madah Berhelah' Buat Pekerja


KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar membidas manifesto BN yang sebenarnya mengagihkan hanya sedikit Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berbanding cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikutip.

Menurutnya, pemberian BR1M itu hanya dibuat setelah kerajaan memotong peruntukan subsidi sebanyak RM18 bilion.

“Secara purata, dianggarkan paling kurang RM40 billion dikutip kerajaan
melalui GST sedangkan jumlah keseluruhan pemberian BR1M hanya RM5.41
billion.

“Begitulah permainan BN, yang berlagak menjadi hero setelah mewujudkan
pelbagai masalah bagi rakyat dengan mengurangkan bantuan subsidi sebanyak
RM18 billion antara 2013 dan 2016, dan memperkenalkan GST sehingga
mengakibatkan harga barangan naik mendadak.

“Jelas, manifesto ini tidak lebih daripada madah berhelah untuk mengaburi
mata rakyat khususnya golongan pekerja,” kata pengarah pilihan raya bersama KEADILAN itu dalam kenyataan.

Menurutnya lagi, BN juga tidak bersungguh menyelesaikan masalah pekerja apabila hanya berjanji menaikkan gaji minimum sekarang. Pakatan Harapan katanya sudah menzahirkan iltizam tersebut dalam Belanjawan Alternatif 2018.

“BN seolah-olah baru terjaga daripada lena yang panjang apabila terpaksa menabur janji menaikkan secara beransur-ansur gaji minimum ke RM1500 berbanding paras sekarang iaitu RM1000 untuk Semenanjung
dan RM920 untuk Sabah dan Sarawak.

“Janji manis menaikkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pula memperlihatkan
cara mudah BN menagih simpati rakyat, dengan pemberian ‘one-off’ yang
masih tidak menyelesaikan isu kos sara hidup secara menyeluruh,” katanya lagi.

BN melancarkan manifestonya pada hari Sabtu lalu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. #sumber



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Nurul Izzah Dakwa Manifesto BN Hanyalah 'Madah Berhelah' Buat Pekerja

Sekianlah artikel Nurul Izzah Dakwa Manifesto BN Hanyalah 'Madah Berhelah' Buat Pekerja kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nurul Izzah Dakwa Manifesto BN Hanyalah 'Madah Berhelah' Buat Pekerja dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/nurul-izzah-dakwa-manifesto-bn-hanyalah.html

Subscribe to receive free email updates: