Hishammuddin: Dakwaan Rafidah Tentang Tanah Tentera Tak Benar Belaka

Hishammuddin: Dakwaan Rafidah Tentang Tanah Tentera Tak Benar Belaka - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hishammuddin: Dakwaan Rafidah Tentang Tanah Tentera Tak Benar Belaka, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hishammuddin: Dakwaan Rafidah Tentang Tanah Tentera Tak Benar Belaka
link : Hishammuddin: Dakwaan Rafidah Tentang Tanah Tentera Tak Benar Belaka

Baca juga


Hishammuddin: Dakwaan Rafidah Tentang Tanah Tentera Tak Benar Belaka


PETALING JAYA: Kerajaan menafikan dakwaan Tan Sri Rafidah Aziz mengenai puluhan ribu hektar tanah tentera yang didakwa diswastakan kepada sebuah syarikat tanpa tender terbuka.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata “surat terbuka” kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu mengandungi maklumat yang tidak benar, dan sekurang-kurangnya tiga dakwaannya “pembohongan nyata”.

“Saya percaya dia sangat tidak bertanggungjawab, sebagai seorang anggota Kabinet pada masa itu, dan sebahagian daripada keputusan yang dibuat, untuk membuat dakwaan palsu mengenai tiga  isu ini…beliau tidak bertanggungjawab langsung,” katanya.

Hishammuddin menafikan dakwaan mengatakan satu syarikat milik tiga individu kini memiliki setiap inci tanah Kementerian Pertahanan (Kementah) atau tentera.

“Sama sekali tidak benar dan dusta yang terang-terangan,” katanya.

Rafidah dalam catatan di Facebook berkata pada penghujung 2008, menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Razak, membentangkan kertas Kabinet untuk mendapatkan kelulusan untuk menswastakan lebih 40,000 hektar tanah milik Kementah atau tentera.

Rafidah berkata Najib turut mencadangkan penswastaan itu diberi secara terus kepada satu syarikat milik tiga individu, dua lelaki dan seorang wanita, dengan tempoh pajakan selama 40 tahun, tanpa tender terbuka atau meminta sebut harga.

Bekas menteri perdagangan itu, yang berkhidmat selama dua dekad bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, berkata beliau mempersoalkan cadangan itu di mesyuarat Kabinet, antaranya mengapa Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) tidak dipilih untuk cadangan penswastaan itu.

“Dakwaan bahawa syarikat ini didakwa membuat semua keputusan mengenai tanah Kementah atau tentera tidak benar,” katanya.

Rafidah juga merujuk kepada pengumuman Hishammuddin mengenai menjalankan projek pertanian komersial berskala besar di tanah milik kementerian yang terbiar.

Hishammuddin sekali lagi mengatakan dakwaan itu pembohongan sama sekali.

“Saya hanya memikirkan ‘keselamatan bekalan makanan negara’ bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Shabery Cheek, 2-3 tahun lepas. Tidak ada apa yang berlaku sejak itu,” katanya. #sumber



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Hishammuddin: Dakwaan Rafidah Tentang Tanah Tentera Tak Benar Belaka

Sekianlah artikel Hishammuddin: Dakwaan Rafidah Tentang Tanah Tentera Tak Benar Belaka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hishammuddin: Dakwaan Rafidah Tentang Tanah Tentera Tak Benar Belaka dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/hishammuddin-dakwaan-rafidah-tentang.html

Subscribe to receive free email updates: