PAS "Kecam Tindakan" Pihak SPR Membuat Keputusan Mengundi Di Hari Bekerja !

PAS "Kecam Tindakan" Pihak SPR Membuat Keputusan Mengundi Di Hari Bekerja ! - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS "Kecam Tindakan" Pihak SPR Membuat Keputusan Mengundi Di Hari Bekerja !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS "Kecam Tindakan" Pihak SPR Membuat Keputusan Mengundi Di Hari Bekerja !
link : PAS "Kecam Tindakan" Pihak SPR Membuat Keputusan Mengundi Di Hari Bekerja !

Baca juga


PAS "Kecam Tindakan" Pihak SPR Membuat Keputusan Mengundi Di Hari Bekerja !


KUALA LUMPUR: PAS mengecam tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 9 Mei ini sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 seperti yang diumumkan oleh Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah pagi tadi.

Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata  PAS kesal tindakan SPR menjadikan hari bekerja sebagai tarikh pembuangan undi. Tindakan ini bukan sahaja menyusahkan rakyat malah merompak hak mengundi rakyat yang berada diluar kawasan bagi membuang undi. Ini petanda BN telah menghidu tsunami rakyat menolak BN bertiup kuat sehingga susah dibendung lagi.

"Walaupun kerajaaan boleh isytihar cuti umum pada hari berkenaan, namun ia bukan tindakan yang sepatutnya diambil kerana ia ada di pertengahan hari minggu. Bebanan kepada semua rakyat akan terus ada".

"Apakah kakitangan swasta akan sanggup mengambil cuti sehari sahaja untuk kembali mengundi? Ataupun mereka sanggup korbankan 3 hari untuk mengambil cuti agar bersambung dengan hari minggu untuk memudahkan perjalanan? Apakah majikan swasta akan mengizinkannya, terutamanya bagi semua perantau yang bekerja di Selangor dan KL dan luar negara?", kata Tuan Ibrahim.

"Apa masalah bagi SPR menjadikan hari Sabtu pada 1 atau 5 Mei sebagai hari pengundian kerana ia akan memudahkan semua pengundi?. PAS akan mengadakan mesyuarat segera pada hari esok bagi mengambil tindakan selanjutnya. Namun PAS mengecam tindakan SPR ini yang merompak demokrasi. Apa gunanya SPR membuat gesaan agar rakyat mendaftar untuk diundi dan mensasarkan 85% keluar mengundi di PRU14 tapi melaksanakan hari pengundian di hari bekerja yang menyebabkan ramai rakyat tidak jadi mengundi?, tambahnya lagi. #PDO


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel PAS "Kecam Tindakan" Pihak SPR Membuat Keputusan Mengundi Di Hari Bekerja !

Sekianlah artikel PAS "Kecam Tindakan" Pihak SPR Membuat Keputusan Mengundi Di Hari Bekerja ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS "Kecam Tindakan" Pihak SPR Membuat Keputusan Mengundi Di Hari Bekerja ! dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/pas-kecam-tindakan-pihak-spr-membuat.html

Subscribe to receive free email updates: