Timbalan Ketua UMNO Kuantan Tersenarai Calon Parlimen Indera Mahkota

Timbalan Ketua UMNO Kuantan Tersenarai Calon Parlimen Indera Mahkota - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Timbalan Ketua UMNO Kuantan Tersenarai Calon Parlimen Indera Mahkota, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Timbalan Ketua UMNO Kuantan Tersenarai Calon Parlimen Indera Mahkota
link : Timbalan Ketua UMNO Kuantan Tersenarai Calon Parlimen Indera Mahkota

Baca juga


Timbalan Ketua UMNO Kuantan Tersenarai Calon Parlimen Indera Mahkota


KUANTAN: Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Datuk Seri Ab. Hamid Nazahar kini diwar-warkan akan mewakili BN untuk bertanding di kerusi Parlimen Indera Mahkota pada PRU14 ini.

"Khabar angin" bertiup kencang, nama beliau kini turut berada dalam senarai calon, susulan tindakan pucuk pimpinan parti memberi laluan kepada MCA untuk bertanding di kerusi Parlimen Kuantan.

Berita ini walau pun tidak digemari oleh ahli akar umbi UMNO Indera Mahkota, namun ia bukanlah sesuatu yang baharu sekiranya beliau bertanding di kerusi itu. Tambahan pula Indera Mahkota dahlulunya berada dalam Parlimen Kuantan.

Malah, Sebelum ini sudah dua kali, calon luar bertanding di kerusi parlimen tersebut iaitu pada PRU11 (2004) dan PRU13 (2013). Kedua-duanya ditandingi oleh Dato' Wan Adnan Wan Mamat (Ketua UMNO Bahagian Kuantan). 

Wan Adnan menang bergaya pada PRU11 menewaskan calon PKR  Allahyarham Dzulkifli Ismail dengan majoriti 14,299 undi. Beliau mendapat 25,177 undi, sementara Dzulkifli mendapat 10,948 undi.

Pada PRU12, kerusi Parlimen Indera Mahkota dirampas oleh PKR yang mana calonnya Azan Ismail menewaskan Salamon Ali Rizal (BN) dengan majoriti tipis 1,027 undi. Azan mendapat 19,823 undi, sementara Salamon pula 18,796

Pada PRU13, Wan Adnan sekali lagi bertanding. Namun, beliau tewas kepada calon PKR yang juga mantan Ketua UMNO Bahagian Kuantan iaitu Dato' Fauzi Abdul Rahman. Fauzi menang pada pertandingan tiga penjuru dengan majoriti 7,523 undi menewaskan Wan Adnan dan calon bebas Ram Ponnusamy. 

Fauzi mendapat 30,584 undi, Wan Adnan 23,061 undi dan Ram hanya mendapat 193 undi.

Jika benar Datuk Seri Ab. Hamid Nazahar terpilih sebagai calon di kerusi parlimen itu maka ia memberi sedikit kekuatan kepada BN untuk menentang dua calon popular pembangkang iaitu Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi (PAS) dan Datuk Saifuddin Abdullah (PKR) pada PRU13 ini.

Tambahan pula beliau penerima Anugerah Khas Pemuda UMNO Malaysia 2017  dan merupakan bekas Penolong Bendahari Pemuda UMNO. Apa pun keputusannya,  nantikan pengumuman rasmi yang akan dibuat oleh BN sebelum hari pencalonan PRU-14 ini. #PDO





Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Timbalan Ketua UMNO Kuantan Tersenarai Calon Parlimen Indera Mahkota

Sekianlah artikel Timbalan Ketua UMNO Kuantan Tersenarai Calon Parlimen Indera Mahkota kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Timbalan Ketua UMNO Kuantan Tersenarai Calon Parlimen Indera Mahkota dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/timbalan-ketua-umno-kuantan-tersenarai.html

Subscribe to receive free email updates: