Judul : Nama "Mantan CEO Matrade" Kini Tersenarai Calon BN DUN Beserah ?
link : Nama "Mantan CEO Matrade" Kini Tersenarai Calon BN DUN Beserah ?
Nama "Mantan CEO Matrade" Kini Tersenarai Calon BN DUN Beserah ?
KUANTAN: Mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Dzulkifli Mahmud dilaporkan tersenarai sebagai salah seorang calon BN bagi kerusi DUN Beserah untuk PRU14 ini.
Dilaporkan nama beliau kini berada dalam senarai lima calon pilihan untuk bertanding di kerusi tersebut. Sekiranya benar dakwaan ini, maka ia mungkin satu langkah terbaik yang dilakukan oleh UMNO ke arah menggandakan usaha untuk merampas kembali DUN Beserah selepas dua penggal dikuasai pembangkang (PAS).
Nama Dzulkifli, mula bermain di bibir rakyat kawasan ini dan mereka mula tertanya-tanya siapakah beliau. Namun, bagi orang Beserah yang berada di Lembah Kelang, mereka sudah tidak asing lagi dengan beliau kerana dia adalah Pengerusi Persatuan Kebajikan Anak-Anak Beserah di Kuala Lumpur dan Selangor (PKAB).
Berbagai aktiviti kemasyarakatan, kebajikan dan sosial telah diadakan oleh beliau selama ini. Namun, dek kerana beliau bukanlah orang politik maka ramai yang tidak menyedari kehadirannya. Namun, bagi orang lama di Beserah memang amat mengenali beliau.
Sebagai anak jati Beserah yang berjaya mencipta nama di peringkat global, Dzulkifli memang tidak asing lagi di kalangan dunia korporat. Tambahan pula beliau sudah lama terlibat dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sehingga bergelar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).
Jsuteru, pucuk pimpinan tertinggi UMNO harus memberi laluan kepada beliau menjadi calon di DUN Beserah sekiranya mahu mengembalikan semula kerusi DUN itu kepada BN. Jika tidak, sudah pasti "cah keting" yang menyaksikan BN tewas dalam dua PRU lalu pasti akan terjadi lagi kali ini.
Kehadiran Dzulkifli, dilihat sebagai penyelamat dan tepat pada masanya. Namnya hebat di persada dunia bukan sahaja untuk orang Beserah. Sekiranya dia dipilih sebagai calon BN, maka sudah pasti DUN Beserah akan menjadi tumpuan media selepas ini.
Pemilihan beliau bukan sahaja mengharumkan nama UMNO Bahagian Indera Mahkota, malah UMNO Pahang itu sendiri sebenarnya.
Tambahan pula "anak Beserah" itu bukanlah calan-calang tokoh yang diketengahkan. Ia pasti memberi keyakinan terutamanya kepada pengundi atas pagar untuk memangkah BN pada PRU14 ini nanti. Pengundi DUN Beserah boleh mengenali Datuk Dzulkifli Mahmud diblog beliau di https://dzulkiflimahmud.blogspot.my/ .#PDO
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Nama "Mantan CEO Matrade" Kini Tersenarai Calon BN DUN Beserah ?
Sekianlah artikel Nama "Mantan CEO Matrade" Kini Tersenarai Calon BN DUN Beserah ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Nama "Mantan CEO Matrade" Kini Tersenarai Calon BN DUN Beserah ? dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/03/nama-mantan-ceo-matrade-kini-tersenarai.html