Judul : Meskipun tiada tetamu kehormat, anak yatim, asnaf dirai ibarat VIP
link : Meskipun tiada tetamu kehormat, anak yatim, asnaf dirai ibarat VIP
Meskipun tiada tetamu kehormat, anak yatim, asnaf dirai ibarat VIP
AMPANG: Seramai 225 anak yatim dan asnaf sekitar Lembah Klang diraikan dalam majlis berbuka puasa anjuran Surau Dagang Avenue di sini baru-baru ini.Mereka yang diraikan bagai tetamu kehormat terdiri daripada enam pertubuhan iaitu Pertubuhan Dar Asnaf Al Fateeh, Rumah Kasih Nurul Hasanah, Pusat Jangan Kasih Murni, Maahad Tahfiz Miftahul Ulum, Rumah Sentuhan Budi dan Rumah Amal Asnaf Al Barakh.
Ahli Jawatankuasa Surau Dagang Avenue, Md Fauzi Said berkata pihak penganjur tidak menjemput mana-mana tetamu kehormat kerana mahu menjadikan anak-anak yatim dan asnaf sebagai tetamu kehormat pada Majlis tersebut.
"Kami rasa bersyukur sangat sebab dapat bersama-sama meraikan anak-anak yatim dan asnaf ini. Walaupun serba ringkas, tapi kami sebagai penganjur mahu meraikan mereka sebagai VIP dan yang diraikan.
"Alhamdulillah majlis ini berjalan lancar dan nampak keceriaan dan kegembiraan pada raut wajah mereka sempena menyambut Syawal yang akan datang," katanya kepada Astro AWANI.
Turut diadakan majlis bacaan Surah Yassin dan doa selamat yang dipimpin imam surau tersebut, Muhammad Azim Mohd Akhbar.
Acara kemuncak adalah penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan asnaf yang diraikan oleh Pengerusi, Dr Mohamad Zainal Ahmad Hadja.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sJEYvq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Meskipun tiada tetamu kehormat, anak yatim, asnaf dirai ibarat VIP
Anda sekarang membaca artikel Meskipun tiada tetamu kehormat, anak yatim, asnaf dirai ibarat VIP dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/meskipun-tiada-tetamu-kehormat-anak.html