Judul : 'Awas Orang Taiping! Hati-Hati Dengan Lelaki Berpakaian Ala Ustaz Ini' - Gelang Emas Bernilai RM13k Lesap Lepas Kena Pukau
link : 'Awas Orang Taiping! Hati-Hati Dengan Lelaki Berpakaian Ala Ustaz Ini' - Gelang Emas Bernilai RM13k Lesap Lepas Kena Pukau
'Awas Orang Taiping! Hati-Hati Dengan Lelaki Berpakaian Ala Ustaz Ini' - Gelang Emas Bernilai RM13k Lesap Lepas Kena Pukau
Kepada anak-anak sila beritahu kepada emak yang sudah berusia agar berhati=hati dengan orang yang mencurigakan dikhuatiri akan dipukau sebelum disamun. Inilah apa yang terjadi kepada ibu Siti Nur Ain Razali yang disamun oleh seorang lelaki yang berpakaian sopan serta berkopiah.
Kejadian berlaku pada Selasa lalu di Batu Kurau, Perak apabila ibunya didatangi oleh lelaki berkenaan. Pada awalnya mereka menyuruh wanita warga emas itu membuka gelang emas yang dipakainya ke dalam sampul.
Menurut status yang dimuat oleh Siti Nur Ain itu 'Lepas gelang disimpan dalam sampul, lelaki itu minta ibu saya berjalan sebanyak tujuh langkah. Pada masa tu dia menukar sampul berisi gelang emas dengan sampul yang ada duit syiling'.
'Bayangkan duit syiling itu ada RM1.60. Gelang yang dia ambil tu harga RM13,000! Sedih tengok mak saya dilakukan sebegitu. Kau buang je la kopiah tu orang tua kutuk oi. Gaya kemain lagi macam Ustaz. Muka kau kami dah tahu. Hati-hati lah orang Batu Kurau yer' tulisnya sambil memuat naik beberapa video dan gambar lelaki berkenaan. Siti dan keluarganya sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping susulah kejadian tersebut.
Perkongsian dari Siti itu telah dikongsi hampir 7 ribu kali dan rata-rata netizen turut bersimpati dengan kejadian yang menimpa ibunya. Malah ada juga yang mendakwa pernah dipukau oleh lelaki berkenaan dengan modus operandi yang sama.
Mereka menyasarkan wanita yang berusia yang mudah diperdaya dan dipukau. Salah seorang netizen, Farah Bazla Baharuddin juga turut berkongsi kisah yang sama.
"Ibu mertua saya pun pernah kena begini juga. Habis gelang tangan, rantai leher dan loket disamun. Bila buka sampul, ada duit syilling saja," kata Farah Bazla Baharuddin.
"Kes pukau seperti yang berlaku pada mak saya. Habis gelang, rantai, kad bank semua siap minta nombor pin. Yang juga didalangi dua individu di mana seorang berlagak menjadi ustaz, yang seorang lagi berlagak menjadi mangsa.
"Orang itu bagi batu cincin pada mak saya. Kemudian mak saya terus terikat. Mak kata, dia cakap pada mak yang rezeki mak akan melimpah ruah. Guna nama Allah, letak dalam sampul. Tiga hari dia tak bagi mak saya bercakap dengan sesiapa.
"Sekali buka sampul itu tengok ada batu kecil banyak-banyak,. Memang sakit hati saya dengar bila mak saya ceritakan semula kejadian itu."
Malah ada juga mendakwa pernah dipukau oleh lelaki yang sama di Kelantan. Sehubungan itu, orang ramai terutama mereka yang mempunyai ibu bapa warga emas supaya lebih berjaga-jaga dan kurangkan pakai barang kemas atau membawa wang tunai yang banyak jika keluar bersendirian. Lihat video di bawah yang dikongsi oleh Siti Nur Ain.
Sumber : kaki share
Sumber :
Sumber : jubahsemalam.com
✍ Sumber Pautan : ☕ Pencuri Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rKsnsY
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel 'Awas Orang Taiping! Hati-Hati Dengan Lelaki Berpakaian Ala Ustaz Ini' - Gelang Emas Bernilai RM13k Lesap Lepas Kena Pukau
Sekianlah artikel 'Awas Orang Taiping! Hati-Hati Dengan Lelaki Berpakaian Ala Ustaz Ini' - Gelang Emas Bernilai RM13k Lesap Lepas Kena Pukau kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 'Awas Orang Taiping! Hati-Hati Dengan Lelaki Berpakaian Ala Ustaz Ini' - Gelang Emas Bernilai RM13k Lesap Lepas Kena Pukau dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/awas-orang-taiping-hati-hati-dengan_19.html