Zulfadli & Chun Seang, Berdepan Dengan 'Enam Pertuduhan' Atur Perlawanan

Zulfadli & Chun Seang, Berdepan Dengan 'Enam Pertuduhan' Atur Perlawanan - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zulfadli & Chun Seang, Berdepan Dengan 'Enam Pertuduhan' Atur Perlawanan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zulfadli & Chun Seang, Berdepan Dengan 'Enam Pertuduhan' Atur Perlawanan
link : Zulfadli & Chun Seang, Berdepan Dengan 'Enam Pertuduhan' Atur Perlawanan

Baca juga


Zulfadli & Chun Seang, Berdepan Dengan 'Enam Pertuduhan' Atur Perlawanan

SINGAPURA: Dua pemain badminton Malaysia masing-masing menghadapi 6 pertuduhan mengatur perlawanan, yang kebanyakannya dilakukan pada 2013, kata pemerhati Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Jadadish Chandra.
Hari pertama pendengaran kes itu oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), yang melibatkan pemain perseorangan Zulfadli Zulkiffli, 25, dan Tan Chun Seang, 31, bermula hari ini.
“Satu daripada perlawanan itu ialah Grand Prix Korea,” kata Jadadish kepada pemberita selepas pendengaran itu.
Jadadish, yang juga ahli majlis BAM, adalah ahli utama jawatankuasa peraturan, disiplin dan integriti badan kebangsaan itu.
Beliau berkata BWF mengetahui tentang aktiviti mengatur perlawanan melibatkan 2 pemain itu berikutan laporan yang dibuat seorang pemain.
“Ia bukan pemain Malaysia dan tiada kaitan dengan pemain Denmark,” katanya.
Jadadish berkata 4 saksi dari 3 negara memberi kenyataan hari ini, manakala 2 lagi akan memberi keterangan esok.
Pendengaran itu akan bersambung pada 10 pagi esok.
Ditanya tentang pendengaran itu, Jadadish berkata: “Saya tiada isu berkaitan prosedur. Panel terlibat amat adil. Saya berharap keadilan dapat ditegakkan nanti.
“Pemain berkenaan juga memberi kerjasama yang amat baik,” katanya.
Jadadish berkata bahan bukti pihak pemain akan dikemukakan pada pendengaran itu esok.
“Para pemain itu tidak memberi keterangan pada sesi hari ini. Esok merupakan hari pembelaan. Pihak peguam yang mewakili pemain akan menyoal balas saksi,” katanya.
Jadadish berkata beliau tidak menjangka BWF akan memberi keputusan kes itu esok kerana lazimnya “sesuatu keputusan akan diserah secara bertulis berserta dengan alasan kepada kami”.
Zulfadli, bekas juara remaja dunia 2011, dan Tan, yang pernah beraksi pada kejohanan Piala Thomas 2010, masing-masing diwakili 2 peguam pada pendengaran 2 hari itu.
Pendengaran dikendalikan panel 3 anggota daripada BWF.
“Mereka adalah dari 3 negara,” kata Jadadish. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Zulfadli & Chun Seang, Berdepan Dengan 'Enam Pertuduhan' Atur Perlawanan

Sekianlah artikel Zulfadli & Chun Seang, Berdepan Dengan 'Enam Pertuduhan' Atur Perlawanan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zulfadli & Chun Seang, Berdepan Dengan 'Enam Pertuduhan' Atur Perlawanan dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/02/zulfadli-chun-seang-berdepan-dengan.html

Subscribe to receive free email updates: