Imigresen New Zealand Usir 200 Orang Pekerja Haram Dari Malaysia

Imigresen New Zealand Usir 200 Orang Pekerja Haram Dari Malaysia - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Imigresen New Zealand Usir 200 Orang Pekerja Haram Dari Malaysia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Imigresen New Zealand Usir 200 Orang Pekerja Haram Dari Malaysia
link : Imigresen New Zealand Usir 200 Orang Pekerja Haram Dari Malaysia

Baca juga


Imigresen New Zealand Usir 200 Orang Pekerja Haram Dari Malaysia


PETALING JAYA: Ketika Kerajaan Malaysia sedang menangkap pekerja asing tanpa izin, sejumlah besar rakyat kita didapati bekerja secara haram di New Zealand.

Imigresen New Zealand (INZ) minggu lalu mengumumkan hampir 200 pekerja pembinaan haram dari Malaysia diusir atau disekat dari memasuki negara itu sepanjang tempoh 6 bulan lalu.

Kira-kira 105 daripada mereka secara purata menetap di New Zealand secara tidak sah selama 5 tahun, dan seorang daripada mereka dikatakan menetap di negara itu selama 2 dekad, sementara 85 lagi disekat masuk.

Mereka dikesan dalam satu operasi penyiasatan yang digelar Operasi Spektrum yang bermula Mei tahun lepas.

Pada Sabtu, pengurus pematuhan dan penyiasat INZ kawasan Alistair Murray dilaporkan Radio New Zealand (RNZ) sebagai berkata para pekerja itu diambil bekerja oleh subkontraktor peringkat ketiga.

Oleh itu mereka dielak daripada diketahui pemaju dan pengurus tapak projek pembinaan di mana mereka bekerja.

Beliau berkata pekerja terbabit dibayar antara NZ$20 (RM57) dan NZ$40 (RM115) sejam secara tunai.

Menurut RNZ, Operasi Spektrum juga mendapati 15 orang yang pernah diusir berjaya memasuki semula negara itu menggunakan nama lain.

RNZ memetik Dennis Maga, setiausaha agung pertubuhan perdagangan kebangsaan First Union, sebagai berkata pekerja asing dieksploitasi syarikat yang mengupah mereka kerana lebih murah berbanding penduduk tempatan.

“Sesetengah syarikat yang menggaji tenaga kerja ini secara sedar menyasarkan pekerja asing yang sanggup dibayar murah. Secara asasnya mereka mangsa eksploitasi,” katanya.

“Kita juga bimbang tentang kesihatan dan keselamatan mereka.”

Sementara itu, Murray berkata keselamatan sempadan New Zealand sentiasa ditingkatkan.

“Mereka boleh dikesan dengan maklumat biometrik dan kewaspadaan pegawai perkhidmatan visa semasa memproses permohonan,” katanya. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Imigresen New Zealand Usir 200 Orang Pekerja Haram Dari Malaysia

Sekianlah artikel Imigresen New Zealand Usir 200 Orang Pekerja Haram Dari Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Imigresen New Zealand Usir 200 Orang Pekerja Haram Dari Malaysia dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/02/imigresen-new-zealand-usir-200-orang.html

Subscribe to receive free email updates: