Judul : Lelaki Tipu Pakej Umrah Akhirnya Di Hadapkan Ke Muka Pengadilan
link : Lelaki Tipu Pakej Umrah Akhirnya Di Hadapkan Ke Muka Pengadilan
Lelaki Tipu Pakej Umrah Akhirnya Di Hadapkan Ke Muka Pengadilan
Tertuduh, Tuan Mohd. Yusri Tuan Long, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Najwa Hashim.
Mengikut kertas pertuduhan, Tuan Mohd. Yusri didakwa menawarkan pakej umrah yang tidak wujud hingga memperdayakan mangsa memindahkan wang ke akaun bank miliknya.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Felda Keratong, Bandar Muadzam Shah dan Bandar Tun Razak dari Disember 2016 hingga Oktober 2017.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Syamsul Kahar Ahmad Nadri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Najwa membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM34,000 dan menetapkan tarikh 15 Mac depan untuk sebutan semula kes.
Tertuduh bagaimanapun tidak menjelaskan wang jaminan berkenaan.
Pada 14 Februari lalu, polis menahan Tuan Mohd. Yusri yang dipercayai menjadi dalang utama kes penipuan pakej umrah yang didakwa dilakukan seorang suri rumah, Zaiton Man, 48, atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Ton di Muadzam Shah, Rompin. #sumber
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Lelaki Tipu Pakej Umrah Akhirnya Di Hadapkan Ke Muka Pengadilan
Sekianlah artikel Lelaki Tipu Pakej Umrah Akhirnya Di Hadapkan Ke Muka Pengadilan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lelaki Tipu Pakej Umrah Akhirnya Di Hadapkan Ke Muka Pengadilan dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/02/lelaki-tipu-pakej-umrah-akhirnya-di.html