Bekas Pelajar "St Thomas" Mahu Serah Petisyen Kekalkan Nama 25 Februari Ini

Bekas Pelajar "St Thomas" Mahu Serah Petisyen Kekalkan Nama 25 Februari Ini - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekas Pelajar "St Thomas" Mahu Serah Petisyen Kekalkan Nama 25 Februari Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bekas Pelajar "St Thomas" Mahu Serah Petisyen Kekalkan Nama 25 Februari Ini
link : Bekas Pelajar "St Thomas" Mahu Serah Petisyen Kekalkan Nama 25 Februari Ini

Baca juga


Bekas Pelajar "St Thomas" Mahu Serah Petisyen Kekalkan Nama 25 Februari Ini


KUANTAN: Bekas pelajar sekolah St Thomas akan menyerahkan petisyen kepada kerajaan negeri bagi meminta nama St Thomas dikekalkan.

Pengerusi Adhoc Komuniti Selamatkan St Thomas, Abdul Rahman Abdul Razak, 56, berkata, walaupun sekolah itu bakal menerima tapak baharu tetapi mereka mahu kerajaan dapat mengekalkan nama sekolah yang asal.

Menurutnya, ini kerana banyak sejarah membabitkan sekolah itu kepada semua buat bekas pelajar di sekolah menengah dan kebangsaan St Thomas.

Justeru, katanya, mereka akan terus mempertahankan nama sekolah itu melalui ‘Walk For St Thomas’ pada 25 Februari depan.

“Perarakan dijangka melibatkan 100 bekas pelajar yang akan memulakan perjalanan mereka daripada tapak lama sekolah St Thomas, Jalan Gambut ke Wisma Sri Pahang,” katanya pada sidang media di di tapak lama Sekolah Menengah Kebangsaan St Thomas, di Jalan Gambut di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan sekolah itu akan diberi nama ‘Mahkota Abdullah’ selepas dipindah ke bangunan baru hingga menimbulkan pelbagai reaksi.

Sekolah St Thomas School dibuka pada 1950 oleh Reverend Father Louis Guittat di bawah arahan Marist Brothers.

Regent International School menduduki bekas bangunan SMK St Thomas di Kuantan manakala murid sekolah rendah ditempatkan di SK teruntum dan pelajar menengah di SMK Sultan Abu Bakar sejak tiga tahun lalu.

Sekolah itu tersepit dalam pertelingkahan undang-undang antara Gereja St Thomas dan kerajaan negeri berkaitan tanah milik gereja seluas 2.4 hektar di Jalan Gambut.

Apabila kerajaan negeri menggugurkan kes dan tidak meneruskan pemerolehan tanah, sekolah rendah dan menengah perlu dipindahkan.

Terbaru, kerajaan negeri melalui Unit Perancang Ekonomi bersetuju Kementerian Pendidikan membina kompleks baru menempatkan kedua-dua sekolah (menengah dan rendah) di tapak baru seluas 12 hektar di Kemunting.

Sebanyak RM56 juta diperuntukkan bagi membina kompleks sekolah yang akan dinamakan sebagai Sekolah Mahkota Abdullah. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Bekas Pelajar "St Thomas" Mahu Serah Petisyen Kekalkan Nama 25 Februari Ini

Sekianlah artikel Bekas Pelajar "St Thomas" Mahu Serah Petisyen Kekalkan Nama 25 Februari Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bekas Pelajar "St Thomas" Mahu Serah Petisyen Kekalkan Nama 25 Februari Ini dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/02/bekas-pelajar-st-thomas-mahu-serah.html

Subscribe to receive free email updates: