Judul : LPT Tawarkan Diskaun 10 Peratus Sempena "Sambutan" Tahun Baru Cina
link : LPT Tawarkan Diskaun 10 Peratus Sempena "Sambutan" Tahun Baru Cina
LPT Tawarkan Diskaun 10 Peratus Sempena "Sambutan" Tahun Baru Cina
Pengarah Eksekutifnya Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata diskaun yang bermula pada pukul 12 tengah malam 16 Feb hingga 11.59 tengah malam hari yang sama bertujuan memeriahkan sambutan perayaan itu.
Menurutnya, pihaknya menjangkakan peningkatan trafik sebanyak 60 peratus bermula petang 14 Februari dan 17 Februari depan berbanding 150,000 kenderaan pada hari biasa kerana pengguna mengambil peluang bercuti sempena cuti panjang perayaan.
"Selain pemberian diskaun ini, kita juga sudah mengedarkan jadual cadangan waktu perjalanan (TTA) bagi memudahkan pengguna mengatur perjalanan mereka.
"Bagi melancarkan perjalanan, Anih Berhad berharap orang ramai dapat mengikuti Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi mengurangkan kenderaan bertembung pada masa sama pada waktu puncak di Plaza Tol Gombak, Plaza Tol Bentong dan Plaza Tol Karak," katanya.
Nik Fauzi berkata demikian pada ucapannya yang dibacakan Naib Presiden Anih Berhad Radzimah Mohd Radzi pada Program Lawatan Amal di Hospital Bentong yang dihadiri Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Anggota Parlimen Bentong di sini, semalam
Berdasarkan TTA itu, mereka yang merancang pulang ke kampung pada 15 Feb di Pahang disarankan memasuki Plaza Tol Gombak pada pukul 12 tengahari hingga 3 petang atau 7 malam ke 11 malam manakala mereka ke Kelantan dan Terengganu, waktu saranan ialah 6 hingga 10 pagi atau 5 petang ke 8 malam.
Manakala TTA pada 18 Februari pula, mereka dari Pahang disarankan masuk ke lebuh raya pada pukul 6 ke 10 pagi atau 7 petang ke 10 malam, Terengganu (8 ke 11 pagi atau 8 ke 10 malam) dan Kelantan (6 petang ke 10 malam atau 9 malam hingga 12 tengah malam).
Tambahnya, Nik Fauzi menambah pengguna kenderaan ringan juga disarankan untuk mengelak daripada memasuki Plaza Tol Gombak antara pukul 9.30 pagi hingga 12 tengahari dan 9.30 malam hingga 12 tengah malam yang merupakan waktu saranan untuk bas ekspress.
Selain itu, Nik Fauzi memaklumkan Anih Berhad telah membelanjakan RM1.4 juta dalam pelbagai program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Pahang dan akan diteruskan pada tahun ini.
"Sebagai permulaan, tahun ini Anih Berhad akan menyerahkan 14 buah kereta peronda baharu kepada Polis Diraja Malaysia untuk kegunaan peronda lebuh raya meliputi Mitsubishi Outlander, Mitsubishi ASX, Proton Preve Turbo bernilai RM1.43 juta yang akan diserahkan tidak lama lagi," katanya. #sumber
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel LPT Tawarkan Diskaun 10 Peratus Sempena "Sambutan" Tahun Baru Cina
Sekianlah artikel LPT Tawarkan Diskaun 10 Peratus Sempena "Sambutan" Tahun Baru Cina kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel LPT Tawarkan Diskaun 10 Peratus Sempena "Sambutan" Tahun Baru Cina dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/02/lpt-tawarkan-diskaun-10-peratus-sempena.html