Judul : Suresh Kumar Di Pilih Jadi "Calon" PSM Di Kerusi Parlimen Cameron Hihglands
link : Suresh Kumar Di Pilih Jadi "Calon" PSM Di Kerusi Parlimen Cameron Hihglands
Suresh Kumar Di Pilih Jadi "Calon" PSM Di Kerusi Parlimen Cameron Hihglands
KUANTAN: Aktivis masyarakat, Suresh Kumar telah dipilih sebagai calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) bagi kerusi Parlimen P87 Cameron Highlands pada pilihan raya umum ke-14 tidak lama lagi.
Suresh sering memperjuangkan hal ehwal kebajikan masyarakat kaum India, terutmanya dalam isu tanah dan sebagainya. Beliau juga banyak terlibat dengan isu-isu rakyat yang lain di Pahang .
Keberanian anak muda ini memperjuangkan isu hingga beberapa kali mengadap Menteri Besar Pahang di pejabatnya dekat sini, memang tidak harus dipertikaikan.
Jarang sekali dapat dilihat anak muda kaum India yang berani seperti beliau sebenarnya. Oleh itu tindakan PSM menamakan beliau sebagai calon di kerusi Parlimen Cameron Highlands adalah satu tindakan yang wajar.
Kerusi Cameron Highlands agak panas sekarang ini, apabila ia menjadi perebutan dua calon Barisan Nasional (BN). Kerusi yang dimenangi oleh Datuk Seri G. Palanivel (MIC) dengan majoriti tipis 462 undi pada PRU-13 itu kini dituntut oleh pemimpin Parti Progresif Penduduk (MyPPP) iaitu Tan Sri M. Kayveas.
Kerusi parlimen tersebut mempunyai kira-kira 30,000 pengundi, kini merupakan kerusi bebas, selepas bekas presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel, yang menang tipis pada 2013, keluar partinya.
Palanivel ketika itu mendapat 10,506 undi, sedangkan jika dicampur jumlah undi calon DAP iaitu M. Manogaran (10,044), calon Berjasa Mohd Shokri Mahmood (912) serta dua calon bebas T.Alago (308) dan N.P.Kisho Kumar (101) semuanya berjumlah 11,365 undi. Ini bermakna calon BN itu tewas undi popular dengan majoriti 859 undi sebenarnya.
Justeru, jika calon popular seperti Suresh Kumar bertanding kali ini di kerusi parlimen itu maka sudah pasti pertembungan yang sengit akan dapat disaksikan. Namun, ia sengit jika PAS dan bebas tidak meletakkan calon mereka.
Ini kerana, berdasarkan senario semasa MIC tidak akan membenarkan kerusi itu ditandingi calon MyPPP bagi mewakili BN. Jika ini berlaku, sudah pasti undi protes akan berlaku dan BN mungkin kehilangan kerusi tersebut. #pahangdaily
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Suresh Kumar Di Pilih Jadi "Calon" PSM Di Kerusi Parlimen Cameron Hihglands
Sekianlah artikel Suresh Kumar Di Pilih Jadi "Calon" PSM Di Kerusi Parlimen Cameron Hihglands kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Suresh Kumar Di Pilih Jadi "Calon" PSM Di Kerusi Parlimen Cameron Hihglands dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/02/suresh-kumar-di-pilih-jadi-calon-psm-di.html