Nazri: PAS Sedia Untuk Bertanding Di Semua Kerusi Kawasan Rompin !

Nazri: PAS Sedia Untuk Bertanding Di Semua Kerusi Kawasan Rompin ! - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nazri: PAS Sedia Untuk Bertanding Di Semua Kerusi Kawasan Rompin !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nazri: PAS Sedia Untuk Bertanding Di Semua Kerusi Kawasan Rompin !
link : Nazri: PAS Sedia Untuk Bertanding Di Semua Kerusi Kawasan Rompin !

Baca juga


Nazri: PAS Sedia Untuk Bertanding Di Semua Kerusi Kawasan Rompin !


MUADZAM SHAH: Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Pas Kawasan Rompin sedia untuk bertanding di semua kerusi di daerah ini.

Daerah yang terletak di selatan negeri Pahang ini memiliki satu kerusi Parlimen Rompin dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) masing-masing Dun Tioman, Dun Muadzam Shah serta Dun Bukit Ibam.

Ia ibarat kubu kuat Barisan Nasional (BN) kerana semua kerusi dimenangi oleh parti gabungan itu.

Bagi merampas semua kerusi itu, Yang Dipertuanya, Nazri Ahmad menegaskan pihaknya telah menggerakkan jentera bagi menyampaikan mesej kepada masyarakat.

Bukan hanya untuk menang di Rompin, bahkan mesej yang disampaikan itu turut menjelaskan kesediaan Pas menerajui negeri ini.

“Apa yang kami lakukan ini bukan sekadar konvoi tetapi menyampaikan mesej kepada para pengundi bahawa Pas bersedia untuk menerajui negeri Pahang sekiranya mendapat majoriti pada PRU14.

“Hasrat itu bukanlah suatu yang mudah untuk dicapai namun sambutan baik dan penerimaan rakyat yang ditemui sepanjang jelajah ini menguatkan lagi semangat,” katanya yang dihubungi Sinar Harian, semalam.

Melalui Konvoi Jelajah Pas Teraju Pahang ke seluruh negeri yang bermula dengan kawasan Rompin, baru-baru ini, beliau menzahirkan keyakinan bahawa Pas akan menjadi pilihan pengundi dalam PRU14 akan datang.

Katanya, peserta konvoi mengedarkan risalah, buletin dan stiker kenderaan kepada masyarakat yang ditemui selain menyantuni mereka sepanjang jelajah tersebut. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Nazri: PAS Sedia Untuk Bertanding Di Semua Kerusi Kawasan Rompin !

Sekianlah artikel Nazri: PAS Sedia Untuk Bertanding Di Semua Kerusi Kawasan Rompin ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nazri: PAS Sedia Untuk Bertanding Di Semua Kerusi Kawasan Rompin ! dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/01/nazri-pas-sedia-untuk-bertanding-di.html

Subscribe to receive free email updates: