Mahfuz Beri Keterangan Dakwaan Beliau "Menghina" Sultan Pahang !

Mahfuz Beri Keterangan Dakwaan Beliau "Menghina" Sultan Pahang ! - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahfuz Beri Keterangan Dakwaan Beliau "Menghina" Sultan Pahang !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahfuz Beri Keterangan Dakwaan Beliau "Menghina" Sultan Pahang !
link : Mahfuz Beri Keterangan Dakwaan Beliau "Menghina" Sultan Pahang !

Baca juga


Mahfuz Beri Keterangan Dakwaan Beliau "Menghina" Sultan Pahang !

ALOR SETAR: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar hari ini hadir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah bagi memberi keterangan berhubung dakwaan menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dalam satu ceramah politik.
Mahfuz tiba bersama peguamnya Mohd Fikri Abd Rahman bersama beberapa penyokong pada pukul 10.15 pagi sebelum memasuki perkarangan IPK Kedah pada pukul 10.30 pagi.
Terdahulu, Mahfuz menyatakan kesediaannya untuk memberi keterangan dan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis berhubung laporan polis yang dibuat di Pahang.
“Saya hadir bagi memberi penjelasan sewajarnya dan di sini ingin dinyatakan saya tidak berniat menimbulkan kemurkaan pihak istana kerana kenyataan dibuat sebelum ini bukan bertujuan untuk menghina sesiapa.
“Sekiranya kenyataan itu menyinggung pihak Istana Pahang, saya mohon maaf. Tetapi kalau dengar semula ucapan saya, apa saya timbulkan ialah isu faktor umur bukan menjadi penghalang kepada seseorang untuk menjadi pemimpin atau ketua,” katanya.
Semalam, Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa kesal dengan tindakan Mahfuz yang memperlekehkan Sultan Pahang dalam ceramah politiknya dan menganggap Mahfuz melanggar tatatertib Melayu.
Baru-baru ini, tersebar klip video ceramah Mahfuz bersama Pakatan Harapan mengulas kewajaran Tun Dr Mahathir berusia 92 tahun dipilih sebagai calon perdana menteri dan membandingkannya dengan Sultan Ahmad Shah yang kekal sebagai Sultan Pahang walaupun sudah gering.
Berikutan itu, banyak pihak membuat laporan polis berhubung tindakan Mahfuz.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah SAC Mior Farid Al Atrash Wahid dalam satu kenyataan memaklumkan siasatan akan dijalankan bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).
“Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah membantu merakam percakapan Mahfuz ekoran siasatan sedang dijalankan JSJ Pahang. Laporan polis dibuat terhadap Mahfuz yang mempersendakan Sultan Pahang dalam satu rakaman video,” katanya. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Mahfuz Beri Keterangan Dakwaan Beliau "Menghina" Sultan Pahang !

Sekianlah artikel Mahfuz Beri Keterangan Dakwaan Beliau "Menghina" Sultan Pahang ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahfuz Beri Keterangan Dakwaan Beliau "Menghina" Sultan Pahang ! dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/01/mahfuz-beri-keterangan-dakwaan-beliau.html

Subscribe to receive free email updates: