Zahid: Ugutan Trump tidak jejas hubungan Malaysia-AS

Zahid: Ugutan Trump tidak jejas hubungan Malaysia-AS - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zahid: Ugutan Trump tidak jejas hubungan Malaysia-AS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zahid: Ugutan Trump tidak jejas hubungan Malaysia-AS
link : Zahid: Ugutan Trump tidak jejas hubungan Malaysia-AS

Baca juga


Zahid: Ugutan Trump tidak jejas hubungan Malaysia-AS

 
Timbalan perdana menteri berkata Malaysia dan AS harus mengasingkan isu Baitulmaqdis daripada perdagangan dan hubungan lain.


zahid

PETALING JAYA: Ugutan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dalam isu Baitulmaqdis tidak menjejaskan hubungan dengan Malaysia kerana kedua-dua negara harus mengasingkan isu itu daripada perdagangan dan hubungan lain.

Timbalan perdana menteri percaya Washington cukup bijak untuk tidak menjejaskan hubungan dengan Malaysia walaupun kedua-dua negara berbeza pendirian dalam isu Baitulmaqdis.

Beliau berkata demikian selepas Trump dilaporkan mengugut akan menghentikan bantuan kewangan kepada negara yang menyokong resolusi PBB menggesa keputusan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel ditarik balik.

“Kita harus membezakan hubungan diplomatik, dagangan dan jaringan hubungan lain kerana ini persoalan yang sangat spesifik,” kata Zahid pada sidang media di kilang Datasonik Group Berhad hari ini.

“Kita tidak banyak bantuan diterima sebab kita bukan hanya negara penerima, kita juga adalah negara pemberi.

“Kita juga memahami Amerika Syarikat cukup bijaksana dari segi mengasingkan isu Baitulmaqdis dengan isu lain.

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dijadualkan mengadakan sesi tergempar hari ini selepa AS menggunakan kuasa veto untuk mematikan resolusi itu di peringkat Majlis Keselamatan PBB.

Duta AS ke PBB, Nikki Haley, dilaporkan memberi amaran kepada negara anggota PBB bahawa Trump mahukan laporan mengenai negara yang tidak bersama AS dalam isu Baitulmaqdis.

Namun sebahagian diplomat menyifatkan amaran AS itu sekadar untuk dipertontonkan kepada rakyat AS, dan percaya tidak akan memberi kesan besar di sesi tergempar itu.



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Zahid: Ugutan Trump tidak jejas hubungan Malaysia-AS

Sekianlah artikel Zahid: Ugutan Trump tidak jejas hubungan Malaysia-AS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zahid: Ugutan Trump tidak jejas hubungan Malaysia-AS dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/12/zahid-ugutan-trump-tidak-jejas-hubungan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :