“Apa nak takut baca al-Quran? bukannya kena masuk melayu ” – Chun Wai

“Apa nak takut baca al-Quran? bukannya kena masuk melayu ” – Chun Wai - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Apa nak takut baca al-Quran? bukannya kena masuk melayu ” – Chun Wai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Apa nak takut baca al-Quran? bukannya kena masuk melayu ” – Chun Wai
link : “Apa nak takut baca al-Quran? bukannya kena masuk melayu ” – Chun Wai

Baca juga


“Apa nak takut baca al-Quran? bukannya kena masuk melayu ” – Chun Wai

Masyarakat bukan Islam di Malaysia harus lebih terbuka dan tidak perlu takut mempelajari tentang Islam dan al-Quran.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Star Publications (M) Berhad, Datuk Seri Wong Chun Wai  berkata, tidak salah untuk masyakat bukan Islam berbuat demikian kerana ia membawa kebaikan.

“Kita duduk di Malaysia  yang realitinya adalah negara majoriti Islam. Jadi tidak salah untuk kita memahami Islam dan kitab sucinya al-Quran,” katanya kepada Sinar Harian, Sabtu.

Menurutnya, al-Quran dan Islam bukan asing bagi dirinya dan minat mendalaman dua perkara itu tercetus sejak remaja lagi.

“Saya belajar Sejarah Islam dan Kesusasteraan Melayu masa di Tingkatan 6.  Malah, masa di UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia), saya juga belajar Tamadun Islam. Menarik lagi, adik perempuan ibu saya juga peluk Islam,” katanya.

Chun Wai, seorang penganut Kristian berkata, al-Quran adalah satu-satunya kitab yang berbeza daripada kitab yang lain.

Katanya, al-Quran satu-satunya kitab yang memulakan setiap surah dengan menyebut Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang.

“Belajar tentang al-Quran bagus, apa nak takut baca al-Quran? Bukannya bila belajar kita kena masuk Melayu’,” katanya.

Menurutnya, al-Quran berupaya menenangkan jiwa dan beliau masih dalam peringkat belajar kitab itu.

“Sikap dan minda terbuka amat penting dalam masyarakat majmuk. Tidak salah untuk kita berusaha untuk memahami dan menghormati agama lain.

“Saya masih belajar dan jika ada peluang saya berhasrat mencari seorang guru untuk membimbing baca al-Quran, kerana masih banyak yang tidak difahami,” katanya.

Menyentuh kempen #QuranHour, beliau berpendapat, kempen tersebut sangat bagus kerana fokusnya adalah untuk mengajak semua masyarakat mendekatkan diri dengan al-Quran.

“Bagi masyarakat bukan Islam pula, inilah peluang untuk mereka mempelajari tentang al-Quran.

“Jadi tidak salah untuk orang bukan Islam jika ada yang berminat untuk turut serta dalam kempen ini,” katanya.

Chun Wai juga melahirkan sokongan penuh terhadap #QuranHour, kempen berinteraksi selama satu jam bersama al-Quran.

#QuranHour akan bermula dengan penganjuran Malaysia #QuranHour esok atau bersamaan 24 Ramadan yang akan berlangsung Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Sumber: Mstar

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2seF51r

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel “Apa nak takut baca al-Quran? bukannya kena masuk melayu ” – Chun Wai

Sekianlah artikel “Apa nak takut baca al-Quran? bukannya kena masuk melayu ” – Chun Wai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Apa nak takut baca al-Quran? bukannya kena masuk melayu ” – Chun Wai dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/apa-nak-takut-baca-al-quran-bukannya_2.html

Subscribe to receive free email updates: