Rahsia Inilah Yang Kaum Wanita Cari Sebelum Nak Raya

Rahsia Inilah Yang Kaum Wanita Cari Sebelum Nak Raya - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rahsia Inilah Yang Kaum Wanita Cari Sebelum Nak Raya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rahsia Inilah Yang Kaum Wanita Cari Sebelum Nak Raya
link : Rahsia Inilah Yang Kaum Wanita Cari Sebelum Nak Raya

Baca juga


Rahsia Inilah Yang Kaum Wanita Cari Sebelum Nak Raya

Masih belum terlambat untuk rawat kulit wajah sebelum raya. Sesekali ada peluang sanak-saudara yang jauh di mata, lagilah nak nampak cantik berseri di Hari Raya.

Kali ini tak perlu habiskan duit beli produk sebab anda boleh guna khasiat telur untuk hapuskan masalah kulit. Serius, ada hasilnya!

Jom bongkar khasiat putih telur, amalkan petua yang MW kongsikan. Selamat mencuba!

1. Tanggalkan Blackhead & Whitehead

Tidak perlu mengeluarkan belanja besar melakukan perawatan wajah di spa. Proses membuang whitehead dan blackhead di spa ada kalanya menyakitkan. Cuba petua ini, caranya amat mudah dan berkesan. Rendam kapas muka dalam putih telur. Kemudian tempek pada wajah yang bermasalah seperti hidung dan dagu. Biarkan sehingga kering. Kemudian tarik kapas muka ini secara perlahan-lahan. Anda dapat melihat kotoran yang melekat pada kapas. Putih telur menarik kotoran keluar daripada wajah, hasilnya kulit wajah lebih licin.

2. Haluskan Kulit

Bagi anda yang mahu menjimatkan wang dan masa, amalkan mengoles wajah dengan putih telur. Oles nipis, kemudian biarkan selama 15 hingga 20 minit. Bilas wajah dengan air suam diikuti dengan air sejuk. Lakukan petua ini dua kali seminggu, kulit wajah akan tampak halus dan tegang.

3. Mencerahkan Kulit

Kulit wajah yang gelap dan tona kulit tidak sekata membuatkan wanita berasa kurang yakin dengan penampilan diri. Usah sedih, ada cara untuk atasi masalah ini. Campurkan yogurt asli atau original dengan putih telur. Gaul sehingga sebati, oles pada seluruh wajah dan leher. Amalkan dua kali seminggu, kulit akan beransur cerah secara semula jadi.

4. Membuang Lebihan Minyak

Cara yang paling berkesan untuk membuang lebihan minyak pada wajah dengan menggunakan putih telur. Campurkan putih telur bersama sedikit perahan lemon, oles pada seluru wajah. Kombinasi bahan alami ini juga dikatakan dapat membantu mengecilkan pori-pori wajah.

5. Menghilangkan Jerawat

Jangan bimbang jika wajah anda ditumbuhi jerawat, sapukan putih telur. Biar selama 20 minit, bilas dengan air suam. Lakukan sekerap mungkin sehingga jerawat hilang. Perubahan positif dapat dilihat seawal dua hari, jerawat semakin kecut dan hilang tanpa meninggalkan parut pada wajah.

6. Melembapkan Kulit

Kulit yang terdedah kepada cahaya matahari mudah menjadi kering dan berlaku masalah sunburn. Bagi mengatasinya, campurkan putih telur bersama avokado. Gaul sebati, jadikan masker. Oles pada wajah, biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air sejuk, kulit akan kembali lembap dan masalah sunburn akan berkurangan.

7. Rawat Masalah Lingkaran Gelap Di Bawah Mata

Lingkaran gelap di bawah mata atau lebih dikenali sebagai mata panda sering menghantui wanita. Masalah ini berlaku kerana kurang rehat, tidak cukup tidur dan stres. Kombinasi putih telur dan timun dikatakan dapat mengatasi masalah mata panda. Oles putih telur pada bawah mata, kemudian lekapkan hirisan timun. Biar selama 15 minit. Bilas sehingga bersih.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rJbDNQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Rahsia Inilah Yang Kaum Wanita Cari Sebelum Nak Raya

Sekianlah artikel Rahsia Inilah Yang Kaum Wanita Cari Sebelum Nak Raya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rahsia Inilah Yang Kaum Wanita Cari Sebelum Nak Raya dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/rahsia-inilah-yang-kaum-wanita-cari.html

Subscribe to receive free email updates: