Judul : Polis siasat kes kanak-kanak lelaki 3 tahun diberi dadah
link : Polis siasat kes kanak-kanak lelaki 3 tahun diberi dadah
Polis siasat kes kanak-kanak lelaki 3 tahun diberi dadah
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, SAC Mior Farid Alathrash Wahid berkata ia selepas nenek mangsa yang berusia 53 tahun dan menetap di Gurun membuat laporan polis pada 4.39 petang, semalam selepas melihat video tersebut.
"Pada Isnin lalu, nenek mangsa melihat tujuh rakaman video yang telah dihantar oleh seorang lelaki yang merupakan bekas teman lelaki menantunya. Di dalam rakaman tersebut, cucunya dilihat dalam keadaan tidak berbaju dan khayal selepas diberi dadah jenis syabu oleh suspek."Nenek mangsa tidak pasti sama ada kejadian dilihat melalui rakaman video tersebut benar atau tidak kerana cucunya tinggal bersama ibu kandungnya dan bukan dengan bekas teman lelaki ibunya," katanya dalam kenyataan, pada Selasa.
Beliau berkata nenek mangsa juga ingin menuntut kembali hak penjagaan ke atas cucunya kerana bimbang dengan keselamatan kanak-kanak itu.
Katanya polis sedang mengesan suspek yang telah dikenal pasti dan usaha untuk menyelamatkan kanak-kanak malang itu sedang dijalankan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak Kanak 2001, katanya. - BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sZZMwG
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Polis siasat kes kanak-kanak lelaki 3 tahun diberi dadah
Anda sekarang membaca artikel Polis siasat kes kanak-kanak lelaki 3 tahun diberi dadah dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/polis-siasat-kes-kanak-kanak-lelaki-3.html