Judul : Bukti Ia Lambang Persahabatan Baik, Lebuh Kuantan Kini Ada Di Qinzhou China
link : Bukti Ia Lambang Persahabatan Baik, Lebuh Kuantan Kini Ada Di Qinzhou China
Bukti Ia Lambang Persahabatan Baik, Lebuh Kuantan Kini Ada Di Qinzhou China
Mana tidaknya, nama jalan itu ada kaitan dengan Malaysia. Namanya diambil bersempena sebuah bandar yang cukup dikenali di tanah air.
Lebuh Kuantan, itulah nama sebatang jalan sepanjang 3.2 kilometer yang terletak di kawasan seluas 7.87 kilometer persegi CMQIP. Qinzhou adalah sebuah bandar di Guangxi, wilayah autonomi di China.
Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (CMQIP) adalah taman perindustrian berkembar dengan Taman Industri Malaysia-China Kuantan (MCKIP).
Maka tidak hairanlah jika di Malaysia sekiranya anda memandu di kawasan perindustrian Gebeng dan menuju ke Pelabuhan Kuantan, anda akan melalui sebatang jalan sepanjang 1.8 kilometer yang bernama Jalan Qinzhou.
Pertukaran nama kedua-dua tempat itu dianggap sebagai lambang persahabatan baik antara Malaysia dan China.
Pembinaan CMQIP bermula pada 2013 selepas dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Perdana Menteri China, Wen Jiabo.
Sehingga Mei 2017, CMQIP telah menarik pelaburan 30 bilion yuan (RM19.3 bilion).
Taman CMQIP akan dibangunkan dalam tiga fasa, dengan fasa pertama 15 kilometer persegi disasarkan untuk disiapkan sepenuhnya menjelang 2020.
CMQIP dibangunkan secara usaha sama antara Malaysia dan China, dan 49 peratus daripada penguasaan pembangunan utama taman berkenaan dipegang konsortium Malaysia, yang dimiliki secara bersama oleh Rimbunan Hijau Group dan SP Setia Bhd.
Sinar Harian berada di Nanning, China dari 31 Mac sehingga 1 April bagi mengikuti Festival Sarang Burung Nanning, China-Malaysia 2018. #sumber
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Bukti Ia Lambang Persahabatan Baik, Lebuh Kuantan Kini Ada Di Qinzhou China
Sekianlah artikel Bukti Ia Lambang Persahabatan Baik, Lebuh Kuantan Kini Ada Di Qinzhou China kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bukti Ia Lambang Persahabatan Baik, Lebuh Kuantan Kini Ada Di Qinzhou China dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/bukti-ia-lambang-persahabatan-baik.html