Tun Mahathir: Tol Akan Di Mansuh Secara Berperingkat, Ikut Kontrak Konsesi

Tun Mahathir: Tol Akan Di Mansuh Secara Berperingkat, Ikut Kontrak Konsesi - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tun Mahathir: Tol Akan Di Mansuh Secara Berperingkat, Ikut Kontrak Konsesi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun Mahathir: Tol Akan Di Mansuh Secara Berperingkat, Ikut Kontrak Konsesi
link : Tun Mahathir: Tol Akan Di Mansuh Secara Berperingkat, Ikut Kontrak Konsesi

Baca juga


Tun Mahathir: Tol Akan Di Mansuh Secara Berperingkat, Ikut Kontrak Konsesi


KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) menjelaskan mereka tidak akan memansuhkan kutipan tol secara serentak, sebaliknya ia akan dilakukan secara berperingkat, jika pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya.

Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kutipan tol hanya akan dimansuhkan berdasarkan kontrak yang kerajaan tandatangan dengan syarikat konsesi.

“Kutipan tol akan dimansuhkan berdasarkan kontrak dengan syarikat konsesi,” katanya selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Parlimen hari ini.

Manifesto PH yang diumumkan bulan lepas antara lain berjanji akan memansuhkan kutipan tol, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta mengembalikan subsidi minyak untuk rakyat.

Bagaimanapun, pada sebuah forum Ahad lalu, Dr Mahathir membangkitkan beberapa kebimbangan tentang kebolehan gabungan pembangkang itu untuk memansuhkan kutipan tol.

Dr Mahathir berkata, berdasarkan pengalamannya mengetuai kerajaan selama 22 tahun, beliau tahu hasil kutipan tol boleh digunakan untuk menyelenggara dan memperluaskan jalan.

Bekas perdana menteri itu berkata, rakyat Malaysia harus berfikir 2 kali sebelum mengadu tentang kadar tol tinggi kerana mereka tidak perlu membayar tol sebanyak negara lain.

Menyifatkan kadar tol di Malaysia antara terendah di Malaysia, Dr Mahathir memberi contoh jambatan di Jepun yang mengenakan bayaran tol sangat mahal, di mana pengguna terpaksa membayar RM270 untuk perjalanan sehala.

Ini bukan kali pertama Dr Mahathir bersuara mengenai isu tol.

Januari lepas, Dr Mahathir mempertahankan dasar pentadbirannya dahulu untuk mengutip tol daripada pengguna jalan raya selepas digelar “bapa segala tol” oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Tun Mahathir: Tol Akan Di Mansuh Secara Berperingkat, Ikut Kontrak Konsesi

Sekianlah artikel Tun Mahathir: Tol Akan Di Mansuh Secara Berperingkat, Ikut Kontrak Konsesi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tun Mahathir: Tol Akan Di Mansuh Secara Berperingkat, Ikut Kontrak Konsesi dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/tun-mahathir-tol-akan-di-mansuh-secara.html

Subscribe to receive free email updates: