Pasangan Bisu Terima Rumah Baharu

Pasangan Bisu Terima Rumah Baharu - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pasangan Bisu Terima Rumah Baharu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pasangan Bisu Terima Rumah Baharu
link : Pasangan Bisu Terima Rumah Baharu

Baca juga


Pasangan Bisu Terima Rumah Baharu


JEMPOL: Sepasang suami isteri bisu terharu apabila menerima sumbangan Aidilfitri yang amat bermakna berupa sebuah rumah baharu yang lebih selesa dan cantik berbanding rumah asal mereka.

Perasaan itu dizahirkan Muhammad Isa, 52, dan diterjemahkan abang sulungnya Abdul Ghafar Isa, 57, selepas majlis penyerahan projek Baiti Jannati Tenaga Nasional Berhad (TNB) peringkat Negeri Sembilan di sini, hari ini.

"Dia melahirkan perasaan amat gembira kerana tidak menyangka akan menerima sebuah rumah yang selesa dan cantik," kata Abdul Ghafar kepada BERNAMA di sini.

Muhammad, yang merupakan anak keempat daripada 10 beradik, bekerja sebagai seorang tukang gunting rambut di Kampung Serting Tengah, Batu Kikir di sini.

"Dia (Muhammad) asalnya boleh bercakap namun, pada usia empat tahun dia diserang demam panas dan kemudian menjadi bisu. Isterinya juga bisu dan mereka belum dikurniakan anak setakat ini," kata Abdul Ghafar.

Penyerahan kunci rumah tiga bilik itu disempurnakan Anggota Dewan Undangan Negeri Serting, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli yang juga EXCO Pendidikan dan Kesihatan negeri.

Turut hadir Pengurus Besar (Perkhidmatan Pelanggan) TNB Negeri Sembilan, Wan Ishak Soed.

Sementara itu, Wan Ishak berkata projek Baiti Jannati atau Rumahku Syurgaku adalah program tanggungjawab sosial korporat TNB bagi menzahirkan saranan kerajaan supaya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) turut membantu kerajaan untuk membaiki rumah kediaman golongan sasaran seperti Orang Kurang Upaya, ibu tunggal, warga emas dan penduduk miskin yang tinggal di luar bandar.

"Tahun ini, TNB memperuntukkan RM5.8 juta untuk melaksanakan program Baiti Jannati iaitu dengan membiayai atau membina baru 117 buah rumah penerima yang layak di seluruh semenanjung.

"Bagi peringkat Negeri Sembilan, sebanyak 24 rumah dibina sejak 2008 dengan kos RM830,000.

Tahun ini, seramai tiga penerima layak dikenal pasti untuk dibantu melalui program ini iaitu di Serting, Rembau dan Port Dickson," katanya. - BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tGDAH9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Pasangan Bisu Terima Rumah Baharu

Sekianlah artikel Pasangan Bisu Terima Rumah Baharu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pasangan Bisu Terima Rumah Baharu dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/pasangan-bisu-terima-rumah-baharu.html

Subscribe to receive free email updates: