Apa Jasa 'Isa Samad' Yang Dikenang Oleh Najib

Apa Jasa 'Isa Samad' Yang Dikenang Oleh Najib - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Apa Jasa 'Isa Samad' Yang Dikenang Oleh Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Apa Jasa 'Isa Samad' Yang Dikenang Oleh Najib
link : Apa Jasa 'Isa Samad' Yang Dikenang Oleh Najib

Baca juga


Apa Jasa 'Isa Samad' Yang Dikenang Oleh Najib





 
Oleh RIDZWAN BIN ABU BAKAR

1. TS Isa Samad telah meletakkan jawatannya sebagai pengerusi FGV, FGV dalam kenyataannya kepada Bursa Kuala Lumpur memaklumkan bahawa Isa meletakkan jawatannya untuk mengurus urusan peribadi.

2. Urusan peribadi mengikut kefahaman umum sudah tentulah merujuk kepada urusan keluarga, sesuai dengan usianya mungkin TS Isa ingin 'mengurus peribadinya' bersama keluarga dan menikmati hasil kerjanya selama menjadi Menteri Besar, Menteri, Pengerusi Felda dan Pengerusi FGV.
3. Tanpa perlu menunggu jangka masa yang lama, Najib Razak (Perdana Menteri yang paling luklux pernah dimiliki oleh Malaysia) telah mengumumkan perlantikan Isa Samad sebagai pemangku Pengerusi SPAD pula, bahkan perlantikan itu berkuatkuasa serta merta.

4. Lebih menarik lagi, dalam kenyataan mengumumkan perlantikan Isa Samad, Najib berkata perlantikan itu dibuat untuk menghargai JASA Isa Samad, soalnya apakah Syed Hamid yang tidak disambung sebagai Pengerusi SPAD tidak ada sebarang jasa ?

5. *Najib wajib jelaskan kepada rakyat, apakah JASA besar Isa kepada beliau sehingga Isa tetap perlu diberikan peranan di agensi kerajaan sekalipun telah BERJAYA menjahanamkan Felda yang merupakan salah satu GLC yang agak cemerlang sebelum diambilalih dan dirosakkan oleh Isa Samad. Apakah Najib dan Isa ada menyimpan 'rahsia besar BERSAMA?.

6. Saya mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk mempersoalkan perlantikan Isa Samad, jangan biarkan maruah dan nasib negara kita yang tercinta ini dipermainkan oleh Najib dan sekutunya.

AMANAH DEMI NEGARA

*RIDZWAN BIN ABU BAKAR, Pengarah Komunikasi Parti AMANAH Negara, Negeri Kedah 



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Apa Jasa 'Isa Samad' Yang Dikenang Oleh Najib

Sekianlah artikel Apa Jasa 'Isa Samad' Yang Dikenang Oleh Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Apa Jasa 'Isa Samad' Yang Dikenang Oleh Najib dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/apa-jasa-isa-samad-yang-dikenang-oleh.html

Subscribe to receive free email updates: