Najib Luang Masa Lawat Pasangan Suami Isteri OKU

Najib Luang Masa Lawat Pasangan Suami Isteri OKU - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib Luang Masa Lawat Pasangan Suami Isteri OKU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib Luang Masa Lawat Pasangan Suami Isteri OKU
link : Najib Luang Masa Lawat Pasangan Suami Isteri OKU

Baca juga


Najib Luang Masa Lawat Pasangan Suami Isteri OKU


KUBANG PASU – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa melawat pasangan suami isteri orang kurang upaya (OKU) di Kampung Kodiang Lama Luar di Kodiang dekat sini petang ini.

Najib yang tiba 6.30 petang itu bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor meluangkan masa kira-kira 10 minit bertanya khabar Osman Jusoh, 77, dan Siti Zabedah Saidin, 69, serta anak tunggal pasangan itu Intan Zulina, 31.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan isteri Datin Seri Hizam Awang Ahmad.

Perdana menteri turut menyampaikan sumbangan peribadi dan kotak barakah yang terdiri daripada barangan keperluan makanan.

Sementara itu, Intan Zulina melahirkan rasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri kerana sudi meluangkan masa melawat ibu bapanya meskipun sibuk dengan tugas hakiki sebagai pemimpin utama negara.

“Saya mengharapkan ada sinar baharu untuk kami sekeluarga dengan kunjungan Datuk Seri Najib Tun Razak melawat mak ayah saya. Saya rasa dengan kehadiran beliau mungkin kami sekeluarga akan mendapat bantuan lebih baik lagi selepas ini,” katanya.

Intan Zulina yang merupakan ibu tunggal anak tiga berkata dia berasa teruja untuk berjumpa perdana menteri selepas dimaklumkan tentang lawatan Najib itu pada Sabtu lalu, kerana hari ini merupakan pertama kali berjumpa secara bersemuka dengan perdana menteri.

Bercerita tentang keadaan ibu bapanya , Intan Zulina yang berniaga nasi lemak berkata ibunya tidak boleh bercakap sejak lahir dan tidak boleh berjalan, terlantar sakit sejak hampir 20 tahun lepas akibat dipercayai pernah terjatuh di bilik air.

“Ayah saya pula tidak boleh berjalan menggunakan kaki selepas mengalami demam panas sewaktu kecil, dengan hanya boleh mengesot menggunakan lutut untuk ke mana-mana. Ayah saya boleh bercakap tetapi percakapannya tidak jelas sepenuhnya,” kata beliau.

Dalam pada itu, Intan Zulina juga mengharapkan ada pihak lain dapat menghulurkan bantuan kepada keluarganya selain Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberi atas nama ibunya sebagai pesakit terlantar sebanyak RM300 sebulan.

“Dulu saya bekerja tetapi terpaksa berhenti untuk memberikan tumpuan menjaga mak ayah saya sepenuhnya. Pendapatan saya berniaga dapat sekitar RM500 hingga RM600 sebulan, jadi dalam sebulan pendapatan kami sekeluarga lebih kurang RM900.

“Dalam masa yang sama, saya juga perlu menanggung tiga anak lelaki berumur 12, 10, dan tujuh tahun selepas berpisah dengan suami sejak tahun 2014,” katanya. – BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sJ9Egz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Najib Luang Masa Lawat Pasangan Suami Isteri OKU

Sekianlah artikel Najib Luang Masa Lawat Pasangan Suami Isteri OKU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib Luang Masa Lawat Pasangan Suami Isteri OKU dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/najib-luang-masa-lawat-pasangan-suami_19.html

Subscribe to receive free email updates: