Mat Sabu Menteri Pertahanan, senarai Kabinet Zaid syok sendiri

Mat Sabu Menteri Pertahanan, senarai Kabinet Zaid syok sendiri - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mat Sabu Menteri Pertahanan, senarai Kabinet Zaid syok sendiri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mat Sabu Menteri Pertahanan, senarai Kabinet Zaid syok sendiri
link : Mat Sabu Menteri Pertahanan, senarai Kabinet Zaid syok sendiri

Baca juga


Mat Sabu Menteri Pertahanan, senarai Kabinet Zaid syok sendiri



Sejak sertai DAP 7 Februari lalu, tidak kedengaran berita mengenai Datuk Zaid Ibrahim yang sudah empat kali lompat parti selepas meninggalkan UMNO.

Barangkali Zaid akur pesan Penasihat DAP Lim Kit Siang supaya jangan menjadi primadona di dalam parti tersebut.

Namun, mungkin kerana sudah lama tidak ada publisiti, beliau tiba-tiba muncul dengan senarai kabinet bayangan Pakatan Harapan kononnya bagi meredakan perbezaan parti gabungan terhadap jumlah kerusi yang perlu ditandingi pada PRU 14.

Menariknya, senarai yang diumumkan menerusi laman blog beliau pada Isnin mencadangkan bekas perdana menteri dan PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad calon layak untuk menduduki semula jawatan itu.

Selain mencadangkan Dr Mahathir yang pernah memegang jawatan itu selama 22 tahun, Zaid menamakan Presiden PAN Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan.

Adakah beliau serius atau Zaid hanya melawak bagi menggambarkan bahawa PH memang tidak layak memimpin Malaysia?

Namun beliau berkata jawatan timbalan perdana menteri perlu dibiarkan kosong.

Katanya, ini memberi isyarat kuat kepada Anwar yang kini dalam penjara bahawa jawatan tersebut untuk beliau.

Zaid turut mencadangkan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Menteri Tenaga dan Minyak manakala Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali memegang jawatan Menteri Kewangan.

Dalam senarai itu, Kit Siang akan menerajui Kementerian Pendidikan manakala kerusi Menteri Dalam Negeri disandang pemimpin PPBM.

Zaid turut mencadangkan jawatan Peguam Negara dan Menteri Undang-Undang kepada R.Sivarasa mewakili PKR.

Nama-nama lain yang dicadangkan adalah Tony Pua (DAP) sebagai Menteri Perdagangan manakala Rafizi Ramli (PKR) memainkan peranan dalam agensi besar seperti Mara, Felcra, Risda, Felda dan Tabung Haji.

Datuk Mujahid Yusof Rawa daripada PAN dilantik Menteri Hal Ehwal Agama dan Liew Chin Tong (DAP) sebagai Menteri Pengangkutan.

Beliau turut mencadangkan seorang menteri penyelaras baharu bagi Hal Ehwal Sabah/Sarawak dan Kementerian Telekomunikasi, Sains dan Teknologi digabungkan menjadi satu dibawah pemantauan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Jawatan Menteri Luar perlu diberikan kepada pemimpin PPBM manakala Nurul Izzah (PKR) akan menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Zaid juga berkata jawatan kabinet lain boleh diisi kemudian tetapi kerusi kritikal perlu diumumkan sekarang.

Paling lawak Zaid menasihatkan mereka yang dilantik perlu melakukan kerja dengan betul dan jujur serta dipecat jika gagal menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Rakyat tentu boleh bayangkan muka pemimpin pembangkang yang jadi menteri dengan jawatan masing-masing terutama Mohamad atau Mat Sabu sebagai menteri pertahanan yang memakai seragam tentera.

Jelas, senarai cabinet bayangan PH ini hanya mimpi Zaid kerana kecewa tanpa sebarang jawatan atau tugas besar di dalam DAP sejak menyertai parti itu.

Mungkin Kit Siang sendiri tidak bersetuju kerana nama an anaknya Lim Guan Eng tiada dalam senarai cabinet tersebut.

Inilah satu lagi ‘penyakit’ di kalangan pemimpin pembangkang.

Selain berebut-rebut mahu menjadi perdana menteri, ada pula Zaid yang tanpa jawatan atau hirarki di dalam PH, membuat senarai kabinet ungkin hanya atau dasar syok sendiri kerana pelantikan menteri sebenarnya atas prerogatif perdana menteri.-BNBBC


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sMv4dr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Mat Sabu Menteri Pertahanan, senarai Kabinet Zaid syok sendiri

Sekianlah artikel Mat Sabu Menteri Pertahanan, senarai Kabinet Zaid syok sendiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mat Sabu Menteri Pertahanan, senarai Kabinet Zaid syok sendiri dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/mat-sabu-menteri-pertahanan-senarai.html

Subscribe to receive free email updates: