Teh Ais 'Lalok'

Teh Ais 'Lalok' - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Teh Ais 'Lalok', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Teh Ais 'Lalok'
link : Teh Ais 'Lalok'

Baca juga


Teh Ais 'Lalok'


KUALA LUMPUR: Dadah perisa teh ais. Itu inovasi terbaru dihasilkan satu sindiket pengedaran dadah mencampurkan dadah syabu bersama serbuk teh.

Taktik sindiket itu terbongkar hasil operasi khas dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Wangsa Maju di sebuah hotel di kawasan Pudu di sini, pada 16 Jun lalu.

Timbalan Ketua JSJN Kuala Lumpur Superintendan Mohd Faisal Yahya berkata, pihaknya yang melakukan risikan bertindak menahan suspek berusia 15 dan 25 tahun di hotel berkenaan pada jam 1.15 pagi.

“Hasil pemeriksaan di dalam beg digalas remaja wanita itu membawa kepada penemuan 100 peket plastik berwarna biru bertulis ‘Apache’ Ice Cool Lemon Tea disyaki campuran serbuk dadah Methamphetamine seberat 2.9 kilogram (kg).

“Susulan itu, polis membuat serbuan kedua di sebuah rumah di Bukit Bintang di sini, dan menahan lima lelaki dan dua wanita tempatan berusia 16 hingga 25 tahun,” katanya semalam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di rumah itu, sebanyak 10 peket plastik minuman segera seberat 305 gram, sepaket syabu seberat 0.37 gram dan tiga biji pil Eramin 5 dirampas.

Kesemua rampasan dadah itu bernilai RM224,395.

Sementara itu katanya, pihak JSJN turut menahan 18 pengedar dadah yang bergiat aktif di sekitar ibu kota dalam tempoh tiga hari sejak 16 Jun lalu hingga kelmarin.

“Hasil penahanan itu, kami merampas heroin seberat 188.9 gram, syabu seberat 4.4kg, serbuk dadah Methamphetamine seberat 305 gram, serbuk dadah seberat 200 gram, 200 biji pil Eramin 5 dan 15 biji pil ekstasi.

“Semua dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM596,715. Ekoran kejayaan itu, kami menyita pelbagai harta pengedar dadah bernilai RM65,000,” katanya.-myMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tmtCvs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Teh Ais 'Lalok'

Sekianlah artikel Teh Ais 'Lalok' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Teh Ais 'Lalok' dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/teh-ais-lalok.html

Subscribe to receive free email updates: