Kit Siang ibarat cacing kepanasan bila Melayu makin sedar DAP anti-Islam

Kit Siang ibarat cacing kepanasan bila Melayu makin sedar DAP anti-Islam - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kit Siang ibarat cacing kepanasan bila Melayu makin sedar DAP anti-Islam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kit Siang ibarat cacing kepanasan bila Melayu makin sedar DAP anti-Islam
link : Kit Siang ibarat cacing kepanasan bila Melayu makin sedar DAP anti-Islam

Baca juga


Kit Siang ibarat cacing kepanasan bila Melayu makin sedar DAP anti-Islam

4 Jamadilakhir 1440H, Sabtu– Pemimpin veteran parti rasis dan cauvinis DAP, Lim Kit Siang umpama cacing kepanasan apabila orang Melayu semakin membenci parti itu, selepas menyedari agendanya yang anti-Islam, kata Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At Takiri.
Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, Kit Siang tidak dapat menerima versi Islam sebenar yang menekankan pelaksanaan syariat serta menegaskan politik adalah sebahagian daripada agama.
Sebaliknya, Kit Siang lebih mesra Islam Moderat sebagaimana dakwaannya iaitu satu pemikiran jelmaan pemikiran Islam ala Barat, kata Khairuddin.
“Sedangkan, ulama dan cendekiawan Islam menjelaskan dan orang Islam memahami bahawa Islam Moderat adalah versi Islam yang mendukung demokrasi total termasuk pluralisme dan hak asasi manusia secara mutlak; menolak konsep Negara Islam dan penguatkuasaan undang-undang syariah; mendukung idea kesamarataan gender; bersetuju bahawa Islam tidak wajar dianggap lebih tinggi berbanding agama-agama lain; dan mempertahankan kebebasan untuk keluar meninggalkan Islam,” katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, apabila Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan mengenai kepemimpinan Islam dan kepentingan Islam berkuasa, sekali gus mengajak orang Islam mengundi calon beragama Islam yang baik, Khairuddin berkata, Kit Siang berterusan menyerang Presiden PAS.
Katanya, kebelakangan ini Kit Siang dilihat semakin galak menyerang Abdul Hadi gara-gara Presiden PAS menegaskan bahawa punca PAS memutuskan hubungan dengan DAP, adalah kerana parti itu memusuhi agenda Islam yang diperjuangkan PAS.
“Peliknya, penjelasan seperti itu dan secara terbuka, bukanlah kali pertama dibuat oleh Presiden PAS. Sudah dalam banyak siri ceramah dan penulisan beliau, Presiden PAS menyatakan perkara itu,” katanya.
Terdahulu, Abdul Hadi dilaporkan berkata, PAS membatalkan tahaluf dan taawun dengan DAP serta pihak lain apabila mereka menunjukkan permusuhan terhadap Islam dan mencabar kepemimpinan Islam.
Katanya, tindakan sama diambil terhadap pemimpin dan ahli yang meninggalkan PAS kerana meletakkan perjuangan di atas konsep yang salah dan sesat dan tidak beristiqamah bersama Islam. - ismaweb 


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Kit Siang ibarat cacing kepanasan bila Melayu makin sedar DAP anti-Islam

Sekianlah artikel Kit Siang ibarat cacing kepanasan bila Melayu makin sedar DAP anti-Islam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kit Siang ibarat cacing kepanasan bila Melayu makin sedar DAP anti-Islam dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2019/02/kit-siang-ibarat-cacing-kepanasan-bila.html

Subscribe to receive free email updates: