Tulisan Terbaru Tun M: Saya Mengalukan RCI Memali, JANGAN adakan RCI 1MDB

Tulisan Terbaru Tun M: Saya Mengalukan RCI Memali, JANGAN adakan RCI 1MDB - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tulisan Terbaru Tun M: Saya Mengalukan RCI Memali, JANGAN adakan RCI 1MDB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tulisan Terbaru Tun M: Saya Mengalukan RCI Memali, JANGAN adakan RCI 1MDB
link : Tulisan Terbaru Tun M: Saya Mengalukan RCI Memali, JANGAN adakan RCI 1MDB

Baca juga


Tulisan Terbaru Tun M: Saya Mengalukan RCI Memali, JANGAN adakan RCI 1MDB


1. Sekarang ini musim RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) dan bermacamlah siasatan yang telah disyorkan.


2. Saya mengalukan RCI untuk peristiwa Memali. Saya punyai banyak bukti, laporan dan cerita berkenaannya. Ini termasuk individu-individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

3. RCI boleh buat keputusan sebelum RCI bersidang dan Kerajaan boleh mendapat untung kerananya. Ini tentulah menjadi Terms of Reference (TOR) dizaman ini.

4. Kerajaan jangan adakan RCI berkenaan 1MDB, duit sebanyak 2.6 billion Ringgit dalam akaun Dato Seri Najib, duit KWAP yang lesap, hutang berbillion Ringgit yang tidak dapat dibayar, pembelian stesen jana elektrik dengan harga yang lebih mahal dari nilai pasaran dan dijual dengan harga murah sehingga rugi berpuluh juta, pengeluaran filem lucah Wolf of Wall Street, pembelian harta di United Kingdom (U.K) dan Amerika dengan duit 1MDB mengikut Department of Justice (DOJ). Ini semua bukan jenayah. Pembelian berlian merah jambu untuk isteri dengan harga 120 million Ringgit hanyalah kerana sayang isteri. Salahkah sayang isteri. Demikianlah sayangnya isteri sehingga sanggup curi untuk menunjuk kesayangan yang tidak terhingga ini.

5. Ya. RCI tidak perlu untuk semua ini. Bukanlah A.G telah sahkan ia semua halal.

6. Tetapi banyak lagi perkara yang telah diselesai 30 tahun dahulu perlu disiasat oleh RCI. Pembinaan Menara Berkembar, Putrajaya, Cyberjaya, Lebuhraya PLUS, KLIA, Westport, dan lain-lain. Semua ini perlu disiasat dengan diketuai oleh tokoh keadilan terkenal berslogan “Just do it”. Buat sahaja apa yang disuruh. Jangan soal.

7. Untuk memulakan siasatan RCI Memali saya siar di sini “ Amanat Haji Hadi”. Dianya ada kaitan rapat dengan peristiwa Memali. Amanat ini menggalakkan perjuangan lawan Kerajaan sebagai jihad dan kematian pejuang adalah syahid.


8. Dengan itu, pada 19hb November 1985, jam 11 pagi, pasukan polis diserang hendap (oleh orang dekat rumah Ibrahim Libya) dan seorang Inspektor dan seorang Sarjan polis dibunuh, seorang lagi Konstabel cedera parah. (Dari ucapan Pemangku Perdana Menteri di Parlimen pada 20 November 1985).

9. Yang jelas ialah polis yang terbunuh dahulu, kerana pengikut Ibrahim berjihad kononnya.

http://ift.tt/2iozWBb


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Tulisan Terbaru Tun M: Saya Mengalukan RCI Memali, JANGAN adakan RCI 1MDB

Sekianlah artikel Tulisan Terbaru Tun M: Saya Mengalukan RCI Memali, JANGAN adakan RCI 1MDB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tulisan Terbaru Tun M: Saya Mengalukan RCI Memali, JANGAN adakan RCI 1MDB dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/08/tulisan-terbaru-tun-m-saya-mengalukan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :