Judul : Sultan Pahang dipilih Agong baharu
link : Sultan Pahang dipilih Agong baharu
Sultan Pahang dipilih Agong baharu
SULTAN Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, petang Khamis.
Timbalan Yang di-Pertuan Agong adalah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.
Pelantikan itu diputuskan dalam satu mesyuarat khas Majlis Raja-Raja yang dipengerusikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Majlis Raja-Raja bermesyuarat untuk memilih Yang di-Pertuan Agong baharu susulan peletakan jawatan Sultan Muhammad V pada 6 Januari tahun lalu.
Susunan penggiliran pertama pelantikan Yang di-Pertuan Agong dilakukan di atas persetujuan Raja negeri-negeri mengikut kekananan dari segi tempoh pemerintahan yang dimulakan dengan Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu , Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak.
Sistem penggiliran dalam kalangan sembilan Raja-raja Melayu kini memasuki pusingan kedua yang menyaksikan Raja-raja Melayu dari enam negeri telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad menyebut menurut peruntukan Paragraf 3, Bahagian Pertama Jadual Ketiga Perlembagaan, keputusan Majlis Raja-Raja telah dikemukakan kepada kedua-dua Dewan Parlimen.
"YAB Perdana Menteri juga telah dimaklumkan,” kata Syed Danial.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan pada 7 Januari berkata Majlis Raja-Raja memutuskan istiadat melafaz sumpah jawatan dan menandatangani surat memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong baharu dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong ditetapkan pada 31 Januari ini.
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Sultan Pahang dipilih Agong baharu
Sekianlah artikel Sultan Pahang dipilih Agong baharu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sultan Pahang dipilih Agong baharu dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2019/01/sultan-pahang-dipilih-agong-baharu.html