Judul : Orang tempatan mahu saya, kenapa Anwar kisah, balas Najib
link : Orang tempatan mahu saya, kenapa Anwar kisah, balas Najib
Orang tempatan mahu saya, kenapa Anwar kisah, balas Najib
CAMERON HIGHLANDS: Datuk Seri Najib Razak yang rajin meninjau banyak tempat di seluruh negara selepas Barisan Nasional (BN) tewas dalam pilihan raya umum (PRU) 9 Mei lalu, berkata, beliau pergi di mana dia dialu-alukan dan tidak akan pergi di mana tidak dikehendaki.
Bekas perdana menteri berkata, dia turun ke Cameron Highlands atau permintaan orang tempatan dan menepis kritikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kurang senang dengan kehadirannya.
Semalam, Anwar berkata Najib turun berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN) seolah-olah tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan semasa mentadbir negara.
“Kenapa Anwar kisah dekat saya? Saya turun kerana permintaan orang tempatan. Ada yang hantar WhatsApp kepada saya secara peribadi. Misalnya, saya pergi ke Pos Betau tadi. Itu atas kehendak Orang Asli dan mereka nak saya datang lagi,” katanya kepada pemberita di Ringlet.
Beliau menambah kehadirannya tidak memberi apa-apa masalah kepada penduduk. “Biar rakyat menentukan siapa pilihan mereka.”
“Saya tidak pergi tempat yang orang tak nak saya pergi, saya pergi tempat yang orang minta saya pergi.”
Di satu ceramah di Tanah Rata malam tadi, Anwar berkata Najib berhak turun berkempen di Cameron Highlands.
“Tapi saya nak beritahu Najib kena terima kenyataan dia telah bawa satu kerosakan imej dan ekonomi Malaysia paling besar dalam sejarah. Satu dunia tahu,” kata presiden PKR. -FMT
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Orang tempatan mahu saya, kenapa Anwar kisah, balas Najib
Sekianlah artikel Orang tempatan mahu saya, kenapa Anwar kisah, balas Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Orang tempatan mahu saya, kenapa Anwar kisah, balas Najib dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2019/01/orang-tempatan-mahu-saya-kenapa-anwar.html