Tony Pua kata lain, Guan Eng kata lain: Najib kata mungkin Mereka Tiada Group Whatsapp

Tony Pua kata lain, Guan Eng kata lain: Najib kata mungkin Mereka Tiada Group Whatsapp - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tony Pua kata lain, Guan Eng kata lain: Najib kata mungkin Mereka Tiada Group Whatsapp, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tony Pua kata lain, Guan Eng kata lain: Najib kata mungkin Mereka Tiada Group Whatsapp
link : Tony Pua kata lain, Guan Eng kata lain: Najib kata mungkin Mereka Tiada Group Whatsapp

Baca juga


Tony Pua kata lain, Guan Eng kata lain: Najib kata mungkin Mereka Tiada Group Whatsapp

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir dua kenyataan berbeza oleh pemimpin PH berhubung penarafan kredit antarabangsa Petronas.

Menurut beliau, pegawai khas kepada Menteri Kewangan, Tony Pua telah berkata tindakan syarikat penarafan kredit antarabangsa Moody's Investors Service untuk menurunkan penilaian prospek Petronas daripada stabil kepada negatif bukan satu ‘downgrade’.

Bagaimanapun, katanya, ia berbeza dengan kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang tidak setuju dengan langkah Moody's untuk ‘downgrade’ penarafan Petronas.

“Dua kenyataan bercanggah antara satu sama lain dari kementerian yang sama. Mungkin mereka tiada grup WhatsApp.

“Terpulang kepada mereka jika tidak mahu mengaku ‘downgrade’ atau tidak bersetuju dengan langkah ‘downgrade’ itu. Hakikatnya, kos peminjaman dan kos untuk kita bayar faedah dah naik, lebih-lebih lagi jika penarafan kredit negara turut terkesan,” katanya di Facebook hari ini.

Khamis lalu, Moody's Investors Service mengesahkan penarafan A1 penerbit tempatan dan mata wang asing tidak bercagar kanan Petronas, tetapi mengubah prospek daripada stabil kepada negatif.

Agensi penarafan itu juga mengesahkan penarafan A1 untuk nota tidak bercagar kanan Petronas Capital Ltd dan program nota jangka sederhana (MTN) AS$15 bilion serta sukuk yang dikeluarkan melalui Petronas Global Sukuk Ltd, tetapi mengubah prospeknya menjadi negatif daripada stabil.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, nilai ringgit menjunam dari RM4.16 ke RM4.19 pagi ini dan masih mengalami penurunan selepas pengumuman Moody’s.
“Ini tentu akan menambah tekanan kepada Rizab Antarabangsa Negara yang telah turun setiap bulan selepas PRU14.

“Langkah Moody's untuk turunkan penarafan Petronas berikutan Belanjawan 2019 di mana kerajaan akan menjarah Petronas untuk membayar dividen RM26 bilion untuk tahun ini dan RM54 bilion untuk tahun depan berbanding RM16 bilion untuk tahun 2017 di bawah kerajaan BN,” katanya. -SH


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Tony Pua kata lain, Guan Eng kata lain: Najib kata mungkin Mereka Tiada Group Whatsapp

Sekianlah artikel Tony Pua kata lain, Guan Eng kata lain: Najib kata mungkin Mereka Tiada Group Whatsapp kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tony Pua kata lain, Guan Eng kata lain: Najib kata mungkin Mereka Tiada Group Whatsapp dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/11/tony-pua-kata-lain-guan-eng-kata-lain.html

Subscribe to receive free email updates: