Soalan SPM BERNIAT JAHAT?

Soalan SPM BERNIAT JAHAT? - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Soalan SPM BERNIAT JAHAT?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Soalan SPM BERNIAT JAHAT?
link : Soalan SPM BERNIAT JAHAT?

Baca juga


Soalan SPM BERNIAT JAHAT?

Soalan Malayan Union seperti mahu kelirukan anak muda’

Lembaga Peperiksaan diminta perjelas isu soalan Sejarah SPM 2018

11 Rabiulawal 1440H, Isnin – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan mengkritik soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 bagi kertas dua subjek Sejarah mengenai Malayan Union.
Soalan kesembilan bahagian tiga kertas peperiksaan itu menyebut, “Andaikan anda sebagai pemimpin orang Melayu semasa Malayan Union, beri cadangan anda untuk membuat penambahbaikan terhadap Malayan Union supaya orang Melayu boleh menerima Malayan Union.”
Menyelar soalan berkenaan, Ahmad Maslan berkata, hakikat sejarah membuktikan bahawa orang Melayu sememangnya menentang Malayan Union.
“Mengapa pula soalan #SPM hari ini (no 9 bahagian c) seolah-olah cuba bermain dengan sentimen agar anak-anak muda semacam mahu dikelirukan pemikiran mereka bahawa Malayan Union boleh diterima?
“Saya kira soalan sebegini tidak perlu,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik bersama keratan soalan berkenaan di Twitter.
Berdasarkan carian Ismaweb di Facebook dan Twitter, ternyata keratan soalan berkenaan sudah mula tular dalam kalangan pengguna media sosial.
Rata-rata netizen turut mempersoalkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia berhubung soalan berkenaan.
“Kerajaan sekarang dah gila. Minta Majlis Raja-Raja campur tangan sebab secara jelas ianya adalah satu bentuk tindakan halus mempromosikan penentangan terhadap Perlembagaan dan Istana Negara,” tulis Zul Yusof.
“Malayan Union, ICERD, Perlembagaan Malaysia 153 tak perlu cadangan penambahbaikan, sebab orang Melayu zaman itu memang dah bantah, dan sehingga sekarang tetap bantah,” tulis Dhila Fadhilah.
Ada di kalangan netizen yang menyifatkan soalan berkenaan tidak mempunyai nilai patriotik, dan tertanya-tanya apakah skema jawapan daripada pihak Lembaga Peperiksaan.
“Pihak Lembaga Peperiksaan perlu jawab isu ini,” tulis Rusdi Hashim.
“Jahat betullah cara ‘brainwash’ dia orang seolah-olah Malayan Union itu bagus pula,” kata Houng Tatt.


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Soalan SPM BERNIAT JAHAT?

Sekianlah artikel Soalan SPM BERNIAT JAHAT? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Soalan SPM BERNIAT JAHAT? dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/11/soalan-spm-berniat-jahat.html

Subscribe to receive free email updates: