[PERLU PERTAHAN ISLAM, BM] Anwar tegur HARAPAN cuai dan 'celupar'

[PERLU PERTAHAN ISLAM, BM] Anwar tegur HARAPAN cuai dan 'celupar' - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [PERLU PERTAHAN ISLAM, BM] Anwar tegur HARAPAN cuai dan 'celupar', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [PERLU PERTAHAN ISLAM, BM] Anwar tegur HARAPAN cuai dan 'celupar'
link : [PERLU PERTAHAN ISLAM, BM] Anwar tegur HARAPAN cuai dan 'celupar'

Baca juga


[PERLU PERTAHAN ISLAM, BM] Anwar tegur HARAPAN cuai dan 'celupar'



Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui pimpinan kerajaan Pakatan Harapan kadang-kala tidak berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan sehingga menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak.

“Saya tidak menafikan ada kenyataan yang melelahkan dan tidak menyenangkan."Saya akui PH (Pakatan Harapan) adalah kerajaan baru yang kadang-kala cuai dan celupar sehingga saya terkejut dengan kenyataan dikeluarkan,” katanya ketika ceramah khas sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, malam tadi.

Meskipun tidak menghuraikan lebih lanjut, Anwar dipercayai merujuk beberapa isu kontroversi dan kenyataan pemimpin kerajaan yang dilihat menimbulkan keresahan sejak kebelakangan ini.

Antaranya membabitkan isu bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi, pengiktirafan kepada Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan keputusan Kementerian Pendidikan memberikan peruntukan kepada sekolah menengah persendirian Cina (SMPC).

Bagaimanapun, Anwar berkata beliau percaya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan anggota kabinet 'tidak lari' daripada perjuangannya yang asal.

“Ini kita peringatkan, perubahan dan kuasa ini amanah, keadaan silih berganti, saya bukan YB dan tiada jawatan apa pun dalam kerajaan,” katanya.

Anwar menegaskan HARAPAN tetap akan memartabatkan kedudukan Islam dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa menghalang penguasaan bahasa lain seperti Mandarin dan Tamil.



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel [PERLU PERTAHAN ISLAM, BM] Anwar tegur HARAPAN cuai dan 'celupar'

Sekianlah artikel [PERLU PERTAHAN ISLAM, BM] Anwar tegur HARAPAN cuai dan 'celupar' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [PERLU PERTAHAN ISLAM, BM] Anwar tegur HARAPAN cuai dan 'celupar' dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/08/perlu-pertahan-islam-bm-anwar-tegur.html

Subscribe to receive free email updates: