Judul : (PH=BN2.0)1st Day Bahas, Kerusi Menteri PH KOSONG, Dulu Hentam BN, SAMA saja
link : (PH=BN2.0)1st Day Bahas, Kerusi Menteri PH KOSONG, Dulu Hentam BN, SAMA saja
(PH=BN2.0)1st Day Bahas, Kerusi Menteri PH KOSONG, Dulu Hentam BN, SAMA saja
Khairy Jamaluddin mempersoalkan barisan hadapan blok kerajaan 'kosong' semasa pembangkang membahaskan usul titah ucapan Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat pada petang Rabu.
Ahli Parlimen Rembau itu berkata, barisan hadapan itu yang diduduki anggota Kabinet didapati kosong semasa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memulakan perbahasan.
"Ketua Pembangkang mula ucapan membahas usul titah YDP Agong. Front bench (barisan hadapan) kerajaan semua kosong.
"Seorang menteri pun tidak ada dalam dewan untuk mendengar ucapan ketua pembangkang," tulis Khairy menerusi status yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya, petang Rabu, sambil memuat naik gambar barisan hadapan blok kerajaan di dalam Dewan Rakyat yang kosong.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, beliau difahamkan kesemua menteri menghadiri mesyuarat Kabinet pada Rabu.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya mesyuarat jemaah menteri diadakan pada Jumaat bagi menghormati urusan Parlimen.
Malah katanya, kerajaan Barisan Nasional sebelum ini juga sering membuat mesyuarat Kabinet pada Rabu tetapi ditunda pada Jumaat di mana tiada sidang Dewan Rakyat di Parlimen.
"Ini juga amalan kerajaan dahulu. Apabila Parlimen bersidang, mesyuarat Jemaah Menteri dibuat pada hari Jumaat (Parlimen tidak bersidang pada hari Jumaat).
"Bila parlimen tidak bersidang, Kabinet boleh bermesyuarat semula pada hari Rabu mengikut convention (kebiasaan)," tambah Khairy.
Ia kemudian dibidas oleh Ahli Parlimen Beruas-DAP, Datuk Ngeh Koo Ham di Twitter miliknya bahawa Khairy tidak mengetahui bahawa jemaah menteri bermesyuarat pada Rabu, punca mereka tidak berada di dalam Dewan Rakyat.
Khairy membalasnya dengan berbaur sindiran: "Sebab tu baca lah thread (bebenang di Twitter) saya sampai habis, YB (Yang Berhormat)."
-mstar.com
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel (PH=BN2.0)1st Day Bahas, Kerusi Menteri PH KOSONG, Dulu Hentam BN, SAMA saja
Sekianlah artikel (PH=BN2.0)1st Day Bahas, Kerusi Menteri PH KOSONG, Dulu Hentam BN, SAMA saja kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel (PH=BN2.0)1st Day Bahas, Kerusi Menteri PH KOSONG, Dulu Hentam BN, SAMA saja dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/07/phbn201st-day-bahas-kerusi-menteri-ph.html