TRRKINI : 6 Adun BN sertai WARISAN tanpa syarat

TRRKINI : 6 Adun BN sertai WARISAN tanpa syarat - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TRRKINI : 6 Adun BN sertai WARISAN tanpa syarat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TRRKINI : 6 Adun BN sertai WARISAN tanpa syarat
link : TRRKINI : 6 Adun BN sertai WARISAN tanpa syarat

Baca juga


TRRKINI : 6 Adun BN sertai WARISAN tanpa syarat


KOTA KINABALU: Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang 'menyeberang' dan menyokong Parti Warisan Sabah (WARISAN) menjelaskan mereka berbuat demikian tanpa syarat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat, berkata beliau bersama lima ADUN BN lain menyokong pembentukan kerajaan campuran WARISAN bersama Pakatan Harapan (PH) bertujuan membentuk satu kerajaan stabil untuk kepentingan rakyat.
"Kita masuk sini tanpa syarat (tetapi) untuk membantu rakyat di kawasan kita... kita bukan tinggalkan rakyat tetapi bawa bersama untuk membentuk (kerajaan dan memudahkan) pembangunan," katanya di kediaman Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini, hari ini.
Sementara itu, bagi ADUN Kemabong yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar, berkata beliau mewakili pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong merasakan sudah tiba masanya untuk bersama Mohd Shafie dalam pembentukan kerajaan negeri.
Beliau mendakwa turut menerima panggilan daripada pihak BN dan STAR namun mengambil pendirian untuk menyokong Mohd Shafie.
ADUN Kadamaian, Ewon Benedick berkata, beliau berada dalam BN semalam kerana berada di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya di sini dan tidak tahu Pemangku Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Seri Madius Tangau mengumumkan keluar BN dan bersama WARISAN.
"Saya belum berkomunikasi dengan (pemangku) presiden. Jadi selepas berjumpa dengan Yang di-Pertua Negeri untuk menyatakan pendirian awal kita kerana telah menandatangani satu perakuan awal, namun pada ketika itu Majlis Tertinggi (UPKO) belum buat keputusan (sertai WARISAN).
"Pada sebelah petang, barulah keputusan Majlis Tertinggi dimaklumkan kepada saya dan sebagai ahli parti, saya berpegang kepada keputusan parti. Sebelum majlis angkat sumpah (Ketua Menteri) semalam, saya telah menemui Yang di-Pertua Negeri memaklumkan pendirian terkini saya," katanya.
Tiga lagi ADUN yang menyertai WARISAN ialah Datuk Abidin Madingkir (Paginatan), Datuk Abdul Muis Picho (Sebatik) serta Datuk Osman Jamal (Balung).


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel TRRKINI : 6 Adun BN sertai WARISAN tanpa syarat

Sekianlah artikel TRRKINI : 6 Adun BN sertai WARISAN tanpa syarat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TRRKINI : 6 Adun BN sertai WARISAN tanpa syarat dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/trrkini-6-adun-bn-sertai-warisan-tanpa.html

Subscribe to receive free email updates: